Viral

"Fake Profile Ni Dah Keterlaluan Sampai Mesej Orang Minta ..." - Geram Betul Dr. Say Shazril

gempak
Amri Hassan
10/10/2018
08:06 MYT
Sponsor Banner
"Fake Profile Ni Dah Keterlaluan Sampai Mesej Orang Minta ..." - Geram Betul Dr. Say Shazril
Doktor viral Dr. Say Shazril menggesa orang ramai agar melaporkan akaun Facebook palsu yang menggunakan gambar dan namanya untuk tujuan tidak senonoh.
Dedah Say, akaun Facebook palsu itu bertindak keterlaluan hingga meminta duit daripada pengguna tidak bersalah.
:Selalu saya tak kisah orang nak guna gambar saya kat Tindr la, Grindr la, Twitter la tapi seorang ni buat saya Grrr.
"Lately ni ramai DM Instagram saya tanya yang ni FB saya ka? saya jawab tak dan tak endahkan saja.
"Sampailah semalam rakan sejawat saya beritahu yang fake FB profile ni dah keterlaluan sampai mesej orang mintak duit dab orang ingat ni saya yang sebenar maka ada yang bank in dah kat dia," tulis Say.
Topic : Fake Shazril Saharuddin! . Slalu sy xkisah org nk guna gmba sy kat Tindr la, Grindr la, Tweeter la tapi sorang ni buat sy Grrr. Lately ni ramai dm ig sy tnya yg ni Fb sy ka, sy jawab tak & endahkan ja smpai la semalam rakan sejawat @mydrstv sy btau yg fake FB profile ni dh keterlaluan sampai mesej org mintak duit & org ingat ni sy yg sebenar maka ada yg bank in dh kat dia. . Bukan tu ja, baru2 ni masa sy klua jnjln tiba2 ada awek tegur tanya kenai dia tak? Pastu sy pura2 la ckp "ahaa dua pupu kan (sb mata dia besaq mcm saya)" pastu die ckp "bukan la, i liza dari melaka, kite salu whatsapp" sy pun bermonolog ak kenai liza surihani ja xknai plak liza melaka, maka sy mintak die tnjuk nombor whatsapp tu & terus sy explain tu bukan nombor sy & terus liza balik melaka (liza malu & berlalu pergi). . Kesimpulannya kalau ampa main FB tlg report dia ni plis. Sy jenis xsuka nk acah2 hot "tolong2 ade org buat fake profile guna muka saya" tp this is SERIOUS. Sampai mintak duit, sampai kacau anak dara/ bini/ janda org dah keterlaluan. So please my dear followers tolong report FB Shazril Saharuddin ni, merosakkan nama ayah sy ja.
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Malah, pemilik akaun palsu tidak bertanggungjawab itu menggunakan nama dan fotonya untuk mengganggu wanita lain.
"Bukan itu saja, masa saya keluar jalan-jalan tiba-tiba ada wanita tegur saya?
"Dia cakap dia Liza dari melaka, selalu Whatsapp, maka saya mintak dia tunjuk nombor itu dan terus saya explain itu bukan saya," tambahnya.
Rayu Say, dia memohon orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan akaun berkenaan.
"Saya jenis tak suka nak acah-acah hot tapi ini serius.
"Sampai minta duit, kacau anak dara/ bini/ janda orang dah keterlaluan.
"So please my dear followers tolong report FB Shazril Saharuddin ni, merosakkan nama ayah saya!" tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024