Hiburan
Faktor Usia, Zamani Slam Risau Suara Tak Sama Macam Dulu
Vokalis kumpulan Slam, Zamani akui berasa risau jika vokal suaranya tidak sehebat dahulu.
Menurut Zamani, gaya nyanyiannya kini sedikit berbeza dan mungkin disebabkan oleh faktor usia.
"Tinggal kurang daripada seminggu saja lagi konsert Kurnia Slam akan berlangsung dan rasa gementar mesti ada.
"Risau bukan apa ialah dah lama tak menyanyi dan buat persembahan dalam skala yang besar seperti ini.
"Satu lagi mungkin disebabkan faktor usia pun ya juga.
"Bila dah berusia ni gaya nyanyian dan vokal pun agak berbeza. Tak macam masa muda-muda dulu.
"Sebab tu untuk penjagaan vokal saya masih lagi mengamalkan petua orang dulu-dulu.
"Saya mahu peminat yang hadir nanti puas hati dengan persembahan Slam dan bawa pulang satu memori indah," katanya ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.
Mengulas mengenai konsert tersebut, ketua kumpulan Slam, Shah memberitahu mereka telah memilih Hazama dan Ronnie Hussein sebagai penyanyi jemputan.
"Mereka bukanlah artis jemputan semata-mata sebaliknya Hazama dan Ronnie adalah peminat Slam sejak dulu lagi.
"Jadi bila ditanya, mereka terus bersetuju untuk membuat persembahan bersama.
"Begitu juga Akim, kami ada propose Akim tetapi disebabkan jadualnya yang padat dan ada komitmen lain, jadi dia tak nak dapat join kami.
"Waktu konsert itu nanti, mereka juga akan menyanyikan lagu Slam dan lagu yang dipilih pula adalah lagu favourite mereka," jelasnya.
Konsert Kurnia Slam akan berlangsung pada 14 Mei ini bertempat di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur.
Must-Watch Video