Penyanyi Farahdhiya menegaskan akan membuat laporan polis seandainya terus diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali menerusi kiriman mesej langsung di Instagramnya.

Jelas Farahdhiya, peringatan itu ditujukan kepada lelaki yang sering mengganggu privasinya dan tidak menghormatinya sebagai seorang wanita.

"Leave me alone sebelum saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis kerana bertahun-tahun saya sabar dengan perangai kurang ajar lelaki di social media, enough is enough!

"Apabila tidak ada rasa hormat pada perempuan, inilah jadinya. Just because I don’t have a father anymore it doesn’t mean I can’t protect and stand up for myself ok? Jangan cabar saya coz I’ll go straight to the police. Fullstop," tegasnya.

Pada hantaran sama, pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu berkongsi kiriman mesej langsung dari seorang pengguna yang mahu bertemunya demi menghadiahkan sejambak bunga.

Malah, pengguna terbabit tanpa segan silu meminta alamat kediaman Farahdhiya serta lokasi penyanyi itu sering beriadah.

"Non stop hantar mesej walaupun bercakap sendiri, yang saya post ni contoh sahaja sebab terlalu banyak yang dihantar, siap nak cari alamat rumah, nak jumpa masa jogging.

"You are invading my personal space and my privacy! All I can say korang ni psycho! Stop harassing me! “I Sayang u,I Sayang u” apa kau merepek ni setan??

"I don’t even know u! This is wrong and scary!!" tambahnya.



Malah, kongsi Farahdhiya pelbagai kiriman mesej tidak senonoh sering diterimanya termasuk gambar kemaluan lelaki.

"Peringatan untuk lelaki-lelaki di luar sana. Saya boleh terima anda sebagai peminat yang sukakan bakat saya, I appreciate that.

"But I’ve had enough of men sending me all sorts of messages disrespecting me since I created my ig!

"Macam-macam saya pernah dapat you name it! Gambar anu, anu yang diletak atas gambar muka saya dan mesej-mesej tidak senonoh," katanya.