Aktor Farid Kamil dilihat tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestar pagi tadi dengan membawa sejambak bunga mawar merah.

Farid yang kelihatan tenang memaklulmkan bunga itu hadiah mahu diberikan buat isteri tercinta, Diana Danielle sebagai tanda pendamaian pertama.

“Alhamdulilah saya sihat. Bunga ini untuk Diana sebagai tanda pendamaian pertama,” katanya ringkas kepada XTRA.

Tiba di mahkamah pada jam 9.05 pagi, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari kelihatan tenang dan tersenyum sambil sejambak bunga mawar bewarna merah.

Sementara itu, Diana hadir lebih awal pada jam 8.55 pagi di mahkamah memakai busana serba hitam bersama pengawal peribadi.

"Salam Ramadan," kata Diana ringkas.

Hari ini difahamkan Farid akan memaklumkan kepada mahkamah bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sumber: XTRA