Berita
“Fasha Dah Jumpa Keluarga Saya Dan...”- Aidil Aziz
Pelakon Aidil Aziz akui sudah membawa aktres Fasha Sandha berjumpa dengan keluarganya.
Aidil berkata ia perkara biasa untuk membawa teman rapat seperti Fasha berjumpa dengan keluarganya.
“Fasha antara teman paling rapat saya dan tak pelik jika saya kata dia sudah berjumpa dengan keluarga saya.
“Begitu juga saya, saya juga sudah mengenali keluarganya terlebih dahulu.
“Saya juga agak selesa dengan anak-anaknya setiap kali berjumpa,” katanya kepada Gempak.
Aidil ditemui ketika majlis pra pelancaran Media House Entertainment, Wisma Trax, pada Rabu.
Fasha dan Aidil mula rapat sejak tahun lalu, namun masing-masing berselindung apabila ditanya soal cinta.
Menurut Aidil dia masih mengenali hati budi Fasha dan akui tertarik dengan sifat yang ada pada wanita itu.
“Saya selesa berkawan dengan Fasha kerana dia seorang yang baik hati, penyayang dan apa yang paling saya suka adalah dia punya sifat sesama manusia yang sangat bagus.
“Apa yang baik dari dia saya ambil dan yang kurang kita sama-sama perbaiki,” katanya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Aidil sedang menjalani penggambaran drama bersiri Pujaan Hati Kanda.
Must-Watch Video