Laman Utama
Fasha Sandha Akui Kurang Suka Barang Kemas, Tapi Lebih Bahagia Bila Suami Ada Di Sisi
Lain padang lain belalang, lain orang lain pula ragamnya. Mungkin ada antara kita yang menjadikan wang dan harta sebagai keutamaan, namun tidak bagi pelakon popular Fasha Sandha.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Fasha Sandha memberitahu yang setiap wanita juga mempunyai pengertian yang berbeza terhadap maksud bahagia.
Jika ada segelintir yang gemarkan beg mahal, aksesori dan barang kemas, namun tidak bagi Fasha.
“Erti kebahagiaan untuk setiap wanita memang berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat beg mahal.
“Tapi untuk saya, in adalah kebahagiaan saya (kehadiran suami di sisi). Saya kurang suka barang kemas, saya tak suka aksesori dan saya orang yang sederhana.
“Ini adalah erti kebahagiaan buat saya,” katanya.
Menerusi perkongsian tersebut, Fasha turut berkongsi visual suaminya, Aidil Aziz yang sedang mengurut kakinya.
Untuk Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada Mac 2019. Kemudian, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Hasil perkahwinan sebelumnya, Fasha dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video