Skip to main content

Hiburan

Netizen Geram Tengok Lakonan Dian P. Ramlee Dalam ‘Suamiku Anak Mak’ - “Sikit Lagi Nak Masuk TV Nak…”

Netizen Geram Tengok Lakonan Dian P. Ramlee Dalam ‘Suamiku Anak Mak’ - “Sikit Lagi Nak Masuk TV Nak…”

Sekilas

  • Lakonan Dian P. Ramlee sebagai Mak Leha dalam drama Suamiku Anak Mak berjaya mencuri perhatian penonton walaupun baru enam episod bersiaran.
  • Watak Mak Leha yang tidak menyukai menantunya, Zaraa, mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial dengan lebih 37,000 tanda suka di Threads.
  • Drama ini mengangkat konflik keluarga yang dekat dengan realiti, membuatkan penonton tertanya-tanya bagaimana Haris akan mengimbangi kasih sayang terhadap ibu dan tanggungjawab sebagai suami.
Advertisement

Lakonan pelakon, Dian P. Ramlee menerusi drama Suamiku Anak Mak ternyata berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.

Meskipun baru enam episod bersiaran namun, lakonan Dian sebagai Mak Leha yang merupakan ibu mentua yang tidak menggemari menantunya Zaraa (Emma Maembong) telah membuatkan rata-rata netizen mendidih melihatnya.

Advertisement

Menerusi Threads, seorang pengguna mengakui kehebatan Dian melakonkan watak tersebut sehinggakan dia berseloroh mahu menampar Mak Leha sekiranya diberi peluang masuk ke kaca televisyen.

“Mantap mak cik (Dian) ni belakon. Saya sikit lagi nak masuk dalam tv nak lempang mak cik,” tulisnya di Threads.

Perkongsian individu itu kemudiannya meraih perhatian ramai dan setakat artikel ini ditulis, ia telah meraih leb ih 37,000 tanda suka serta lebih 1,200 ulang siar (repost).

Advertisement

Dalam drama ini, Haris (Keith Foo) berdepan dilema apabila perlu mengimbangi kasih sayang terhadap ibunya, Mak Leha, dengan tanggungjawabnya terhadap Zaraa.

Bagi penonton, persoalannya bukan sama ada seorang anak lelaki perlu menyayangi ibunya atau tidak, sebaliknya sejauh mana dia mampu menjadi suami yang bertanggungjawab tanpa membiarkan konflik keluarga berlarutan.

Situasi itu turut menjadikan watak Zaraa dekat dengan penonton yang pernah menyaksikan atau berdepan dilema serupa dalam kehidupan sebenar.

Apabila nama watak mula menjadi bahan perbualan dan potongan babak mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, ia menunjukkan bagaimana sesebuah drama boleh melangkaui skrin televisyen dan menjadi topik perbincangan dalam kehidupan seharian.

Walaupun tindakan watak-watak berkenaan mengundang kemarahan, itulah antara persoalan yang membuatkan penonton terus mengikuti perkembangan ceritanya: mampukah Haris akhirnya menetapkan pendirian, dan sampai bilakah Zaraa perlu bersabar?

Dibintangi Emma Maembong, Keith Foo, Dian P. Ramlee dan Izzue Islam, Suamiku Anak Mak kini sedang ditayangkan menerusi slot Megadrama, jam 10 malam, di saluran Astro Ria, dan boleh distrim melalui sooka.

Nampaknya, bukan sahaja Zaraa yang perlu menguji kesabaran berdepan kerenah Mak Leha, penonton di rumah juga turut sama beremosi mengikuti perjalanan kisah mereka!

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement