Laman Utama
Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Perempuan – “Alhamdulillah ‘Baby A’ Selamat Dilahirkan & Sihat…”
Pelakon Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan sebentar tadi (Jumaat).
Berita gembira tersebut dikongsi suami Fasha, Aidil Aziz menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira 15 minit yang lalu (ketika artikel ini ditulis).
Aidil menerusi ruangan kapsyen memanjatkan kesyukuran di samping memberitahu kepada semua keadaan terkini anak dan isterinya itu.
Dalam pada itu Aidil turut memberitahu akan bercuti selama sebulan untuk menjaga puteri dan menemani isterinya sepanjang proses berpantang.
“Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini. I cuti sebulan jaga dan teman u berpantang ok.
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian. Amin,” tulisnya.
Menerusi tinjauan Gempak, Fasha telah dimasukkan ke hospital lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalinnya.
Bayangan mengenai perkara tersebut dimuat naik Fasha menerusi akaun IGnya semalam.
‘Baby A’ merupakan anak pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Pelakon cantik itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Must-Watch Video