Sekilas
- Najihah Amirudin berkongsi mesej terakhir arwah suaminya, Kapten AA, yang mengucapkan 'I love you' sebelum meninggal dunia.
- Kapten AA meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Oman pada hari Khamis.
- Jenazah Kapten AA akan dikebumikan di Oman, namun tarikh dan waktu masih belum ditetapkan kerana menunggu pengurusan dokumentasi dengan pihak kerajaan Oman.
Isteri kepada pengacara dan personaliti media sosial, Allahyarham Akhmal Asyraf atau lebih dikenali sebagai Kapten AA iaitu Najihah Amirudin menyorot perhatian apabila berkongsi mesej terakhir arwah suaminya itu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IGs), Najihah memuat naik tangkap layar memaparkan perbualan mesej bersama Kapten AA.
Menurut Najihah, frasa ‘I love you’ merupakan mesej terakhir yang dihantar suaminya itu sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
“Your last word to me abang. Saya sayang dan cintakan awak sangat-sangat,” luahnya.

Mesej terakhir arwah Kapten AA itu pastinya meruntun hati ramai yang rata-ratanya turut bersedih dengan pemergiannya.
Pada Khamis, Akhmal Asyraf yang juga personaliti bagi program RARETV di YouTube menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Oman akibat jangkitan paru-paru.
Sementara itu, rakan baik Allahyarham yang juga personaliti RARETV iaitu Saiful Nang memaklunkan jenazah sahabatnya itu akan dikebumikan di Oman.
Walau bagaimanapun, tarikh dan waktu masih belum diputuskan kerana ianya bergantung kepada pengurusan dokumentasi dengan pihak kerajaan Oman.
Sumber: Instagram Stories