Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Fathia Tak Suka Dipanggil 'Ariana Rose', Akan Lapor Pada Badan Berkuasa!

Amri Hassan
13/01/2024 02:55 MYT
Pelakon Fathia Latiff tidak suka dirinya dipanggil dengan watak yang pernah mempopularkan namanya suatu ketika dahulu, Ariana Rose.

Jelas Fathia, dia meminta orang ramai terutama peminat terus memanggilnya dengan nama sebenar, Fathia.

"Jangan panggil saya Ariana Rose. Saya tak suka. Panggil nama saya Fatia atau Fathia.

"Sesiapa yang melanggar arahan ini, yang mana saya tidak suka, saya akan laporkan pada badan berkuasa.

"Ia tertakluk di bawah undang-undang 'Personal Liberty'," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram Stories.

BERITA TRENDING: “Fathia Budak Baik, Saya Tiada Masalah Dengannya” - Penerbit Filem Darah Panas

PILIHAN PEMBACA: Netizen Persoal Kewujudan Boyfriend Fathia - “Dah Tu Post Gambar Laki Orang Kenapa, Mohon Tunjuk…

Sejak beberapa hari lalu, media sosial dibanjiri dengan sensasi dicetuskan aktres Fathia Latiff yang tiba-tiba mencetuskan provokasi terhadap pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza.

Dia turut menggelar Zahirah sebagai bibik dan memuat naik foto lamanya bersama Aiman yang juga bekas kekasihnya ketika sedang hangat bercinta satu ketika dahulu.

PILIHAN PEMBACA: Netizen Beri Cadangan Buat Fathia Supaya ‘Baik Pulih’ Diri… Yang No. 5 Tu Paling Epik!

Perubahan sikap Fathia yang mendadak itu meraih pelbagai pendapat ramai sehingga ada yang mendakwa Fathia berdepan dengan masalah kesihatan mental iaitu kecelaruan bipolar.
#pelakon #Viral #Fathia Latiff #Bipolar #Ariana Rose
;