Viral

“Fattah Yang Ambil Gambar Ini” - Wajah Fazura Diabadikan Sebagai Penghias Terakhir Muka Depan Majalah EH!

gempak
Azwa Rahman
13/05/2020
11:36 MYT
Sponsor Banner
“Fattah Yang Ambil Gambar Ini” - Wajah Fazura Diabadikan Sebagai Penghias Terakhir Muka Depan Majalah EH!
Aktres Jelita Nur Fazura bercampur rasa apabila dipilih sebagai wajah terakhir penghias muka depan majalah gaya hidup terkenal EH!.
Menerusi laman sosial Instagram, Fazura berkongsi muka depan majalah tersebut untuk tontonan umum.
“Saya diminta untuk mengambil gambar ringkas memakai topeng penutup hidung dan mulut di rumah dan suami saya @fattahaminz membantu dalam penghasilan gambar ini.
“Untuk terpilih muncul sebagai wajah terakhir penghias muka depan betul-betul buat emosi saya bercampur-baur,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi muka depan tersebut, pasukan EH! menghimpunkan 100 wajah selebriti sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada barisan frontliner yang banyak berkorban dalam membantu negara melawan COVID-19.
Dari wajah 100 selebriti itulah dijadikan kolaj ‘mosaic’ dan penampilan Fazura mengenakan topeng penutup hidung dan mulut menggambarkan situasi norma baru yang perlu diamalkan oleh masyarakat seluruh dunia.
Menurut Editor Majalah EH!, Khairul Abidin, idea untuk menghasilkan muka depan ini timbul difikirannya sejak 2016 lagi.
“Pada waktu itu saya sedang merangka idea cover untuk EH! edisi ke-200 yang pada waktu itu bakal diterbitkan pada Julai 2017.
“Pemilihan Fazura kerana dia mempunyai ‘crowd puller’ yang sangat kuat. Sokongan peminatnya utuh dan khayalak yang mengenalinya begitu luas. Jadi mesej yang ingin disampaikan itu akan lebih mudah sampai kepada sesiapa yang melihat.
“Pada masa yang sama dia baru sahaja mengumumkan berita kehamilannya, jadi dari situ kami melihat ada kisah baru tentangnya,” kata Khairul ketika dihubungi Gempak.
Malah Khairul turut menyerahkan konsep pakaian dan solekan pada Fazura sendiri untuk menentukan.
“Saya sekadar mengutus mesej dan berkongsikan sekeping gambar sebagai rujukan. Solekan dan pakaian Fazura semuanya kami serahkan kepada dia.
“Selang dua hari, saya menerima e-mail berupa kiriman foto dan ia mirip dengan rujukan gambar yang saya mahukan, ringkas dan rapi. Sesuai dengan rupa #stayathome yang bersahaja dan tidak glamor,” jelas Khairul.
Selain Fazura, antara 100 foto selebriti yang dicantumkan menjadi kolaj adalah Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan ramai lagi.
Di kesempatan ini, Khairul turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang menyokong EH!.
“Perjalanan lebih dua dekad ini semuanya berlangsung atas sokongan pembaca, selebriti, individu dunia fesyen dan kecantikan dan juga rakan media,” ujarnya lagi.
Terdahulu, EH! dan beberapa lagi jenama majalah popular serta penerbitan digital di bawah Blu Inc Media telah diberhentikan berkuat kuasa 30 April 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live