Selepas anak pertamanya, Nur Fatima Aisya kini menginjak usia setahun tiga bulan, pelakon Fazura mengakui ingin menambah seorang lagi cahaya mata.
Fazura berkata, suaminya, pelakon dan penyanyi Fattah Amin juga bersifat terbuka dan bersedia untuk menambah bilangan ahli keluarga.
“Memang sebenarnya perancangan itu ada. Tetapi saya baru kuruskan badan!” ujar Fazura dalam nada berseloroh.
“Semua orang tanya bila saya nak kurus. Jujurnya, ketika baru lepas bersalin, memang sudah nak turunkan berat badan. Hanya ibu-ibu yang mempunyai anak sahaja tahu. Sehinggakan saya pernah kena body shaming.
“Walaupun saya rasa gembira kerana mendapat kembali berat badan ideal, namun, ia tidak akan membuatkan saya untuk mencuba.
“Insya-Allah, akan diusahakan. Dalam proses. Fattah pula ikut sahaja. Apabila saya utarakan perancangan ini, dia akan dia bersedia jika saya bersedia,” ujar Fazura kepada Gempak.
Fazura ditemui pada majlis An Evening With Fazura & Besties yang diadakan di ibu kota, semalam.
Dalam perkembangan lain, selain sibuk mengelolakan bisnesnya yang semakin berkembang maju, Fazura turut berkongsi tentang perancangannya dalam bidang seni.
“Buat masa memang saya sibuk sedikit dengan bisnes. Tetapi, ia tidak menjadikan saya lupa terus kepada bidang lakonan mahupun nyanyian.
“Ada skrip dan tawaran yang diterima tetapi saya perlu sesuaikan dengan jadual harian saya sebagai seorang ibu. Tidak mahu tinggalkan anak terlalu lama di rumah.
“Berkenaan dengan bidang nyanyian pula, ada beberapa lagi lagu yang belum sempat untuk diluncurkan. Harapnya, saya dapat berbuat demikian dalam masa terdekat,” ujar Fazura lagi.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.
Izwan Isa
Sun Jan 23 2022


“Maki-Maki Lepas Tu Minta Maaf Pada Saya” - Penangan Datin Mona, IG Ziema Din Pernah Kena Serang
Memang betul-betul buat orang benci Datin Mona ni.

Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar
Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Selasa terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.

“Makan Dengan Siapa Tu?”- Kantoi Dating, Ramai Gadis Frust Dengan Sufian Suhaimi Pula
Sufian Suhaimi dating dengan siapa tu?
.png?ext=.png)
We Tried The Longest Zip Coaster Ride in the World at ESCAPE Penang
Officially their second Guinness Book of Records feat!

"Ya, Saya Dah Ceraikan Ellie" - Azri Iskandar
Jodoh tak panjang...

“Bukan Mudah Tapi…”- Ellie Suriaty & Azri Iskandar Sah Cerai Talak 1
Selepas 19 tahun, jodoh tak panjang....
![Wacha Ala Malaysia | Mizi Take It Easy [Episod 3] Wacha Ala Malaysia | Mizi Take It Easy [Episod 3]](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1967314/thumbnails/5820789891652759768203_640x390.jpeg)
Wacha Ala Malaysia | Mizi Take It Easy [Episod 3]
Episod kali ni ada member baru join Mizi, Ernest & Batrisyia. Siap kena interview lagi ye.. Tapi challenge minggu ni love! Saksikan Mizi Take It Easy setiap Selasa jam 12 tgh di Astro Gempak! #MiziTakeItEasy #GempakOriginalSeries

Ibu Dedah Neelofa Takut Lipas
Kami semua panggil dia Love mungkin sebab ada sinonim juga dengan nama dia, Lofa.

“Lebih Teruk Dia Telah Perkenalkan Dengan Seorang Lelaki…”- Rugi RM52,900, Wanita Bakal Heret Bekas Isteri Da’i Farhan Ke Mahkamah
Bekas Isteri Da'i Farhan buat hal lagi?

“Dari Dulu Teringin Bawa Anak Yatim Tunai Umrah” - Hafiz Mahamad Syukur Dapat Tunaikan Nazar
Alhamdulillah, tertunai nazar.