Pelakon Nur Fazura selamat melahirkan anak sulungnya hasil perkongsian hidup bersama Fattah Amin.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fazura menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.

“Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.

"Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

"Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga," tulisnya.

Terdahulu, pasangan kegemaran ramai ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.