Pengarah dan penerbit, Michael Ang naik berang dengan sikap sesetangah pelakon baharu yang hanya ingin mengajar populariti.

Jelas Michael, untuk menjadi seorang pelakon perlu mempersiapkan dirinya terlebih dahulu termasuk memiliki ilmu lakonan.

“Pening and fed up, semua nak jadi pelakon. Mari aku bagitahu sikit, jadi pelakon itu bukan untuk glamour sahaja, kena ada bakat dan ilmu berlakon, bukan masuk set penggambaran satu benda pun tidak tahu.

“Akhirnya aku yang kena tunjukkan cara berlakon kemudian kau tiru, kalau macam itu baik kau bayar aku bukan aku bayar kau!” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram.

Tambah pengarah drama bersiri The Maid 2 itu lagi, dia menyarankan kepada mereka yang ‘gila glamour’ boleh melakukan cara lain seperti bermain Tiktok.

“Kalau nak glamour cepat dan tak menyusahkan orang, buat sahaja benda-benda b*doh dekat TikTok dan post, tak menyusahkan orang,” tulisnya.

Pada ruangan kapsyen entri tersebut, Michael menjelaskan memiliki bilangan pengikut yang ramai bukanlah tiket untuk seseorang itu bertindak berlagak.

“Kepada yang nak berlakon hadam ini, jangan buang masa dan jangan ingat muka cantik dan kacak banyak pengikut nak demand itu ini, contoh harga tinggi, sedangkan bakat langsung tiada,” tulisnya.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Sementara itu, drama Gempak Originals Series, The Maid 2 arahan Michael kini sedang bersiaran di kaca televisyen pada setiap Rabu, jam 9:30 malam menerusi saluran Astro Ria (104). Penonton turut boleh menyaksikan The Maid 2 menerusi Astro On Demand dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel.

Sekuel dengan 12 episod ini mengembalikan semula barisan pelakon asal seperti Sherry Alhadad, Datin Seri Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Norman Hakim dan ramai lagi.