Hiburan
Fedtri Yahya Pertahankan Wanita Kedah
Pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya menepis dakwaan segelintir netizen yang mendakwa wanita dari negeri Kedah suka membebel.
Menurut Fedtri, dia mempunyai ramai kenalan dari sebelah utara namun cara percakapan mereka sangat terjaga.
"Saya kenal ramai ja perempuan Kedah. Elok ja. Tengok keimanan orang juga la.
Advertisement
"Bukan kategori cakap satu ayat penuh ba** anak haram semua. Jenis ni tatau la nak habaq lagu mana," tulisnya di laman Twitter.
Sebelum ini, video seorang usahawan wanita tular di media sosial disebabkan gaya percakapannya tidak disengani kerana banyak menggunakan perkataan kesat.Aku kenai ramai ja pompuan Kedah. Elok ja. Tengok keimanan orang jugaklah. Bukan kategori cakap satu ayat penuh babi anak haram semua. Jenis ni tak tau nak habaq lagu mana https://t.co/MwMvRRyYrU— Fedtri Yahya?? (@fedtriyahya) September 14, 2020
"Sebab tu aku benci perempuan Kedah bebel," tulis salah seorang pengguna.
Baru-baru ini juga, individu yang sama mendedahkan dirinya dihalau daripada sebuah restoran asam pedas popular di Bandar Hilir, Melaka selepas melakukan siaran live untuk membuat revie produk.
Must-Watch Video