Filem terbaharu romantik komedi terbitan KRU Studios, 7 Minggu Sebelum Kahwin sudah ditayangkan di saluran Astro First (480) pada 7 Julai 2022 lalu.

Mengisahkan seorang wanita yang mengidamkan sebuah perkahwinan yang sempurna, filem bergenre romantik komedi ini mendapat sentuhan Eyra Rahman selaku pengarah.

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Nora Danish, MK K-Clique, Alya Iman, Vanessa Reynauld, Ropie, Yassin, Sham Visa dan Azizah Mahzan.

Di laman sosial Twitter, ramai wargamaya terhibur dengan filem terbitan KRU Studios dan Bloombordia yang sangat berkait rapat dengan wanita-wanita yang bakal berkahwin di luar sana.

“Sebuah naskhah ringan yang boleh ditonton bersama keluarga dan kekasih,” komen seorang wargamaya.

“Jalan cerita mudah diikuti dengan permasalahan yang relatable,” ujar seorang wargamaya.

“A movie to watch with a clear mind,” tulis seorang wargamaya lagi.

Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin mengisahkan Syifa lakonan Nora Danish mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil.

Bertemu dengan kekasihnya, Amar lakonan MK K-Clique di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah ‘PERFECT!’.

Namun, pelbagai masalah timbul apabila Syifa obses mahukan majlis perkahwinan yang sempurna. Setiap masalah yang muncul telah menyebabkan kepercayaan dan perasaan cinta mereka luntur.

Kemunculan Natasha lakonan Alya Iman, bekas kekasih Amar pada minggu terakhir perkahwinan mereka telah mencetuskan pergaduhan besar dan memutuskan untuk berpisah.

Mampukan Syifa dan Amar mempertahankan cinta mereka sehingga ke jenjang pelamin?


Tonton filem 7 Minggu Sebelum Kahwin bermula 7 Julai ini di saluran Astro First (480).

Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus je ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!