,
Filem

Filem Dain Iskandar Said, Interchange Ke Festival Filem Locarno

Ahmad Shah
27/07/2016
05:48 MYT
Filem pengarah Dain Iskandar Said, Interchange mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas dijemput Festival Filem Locarno yang berpengkalan di Switzerland untuk ditayangkan di festival tersebut.
Selain Nandita dan Dain Said, rombongan Malaysia juga akan diiringi oleh pelakon Shaheizy Sam, Iedil Putra, pengarah fotografi Jordan Chiam (Terbaik Dari Langit) dan pengarah muzik Luka Kuncevic (Polis Evo).
Selain itu, pelakon Indonesia Nicholas Saputra dan Prisia Nasution yang turut membintangi filem tersebut juga turut diundang ke festival tersebut.
Interchange akan ditayangkan pada 5 Ogos 2016 di Piazza Grande yang mampu memuatkan seramai 8,000 penonton pada satu masa di ruang terbuka dan ditayangkan di layar gergasi (26x14 meter) untuk tatapan seluruh pengunjung yang hadir ke festival tersebut.
Festival Filem Locarno diwujudkan sejak tahun 1946 dan pernah menampilkan pengarah-pengarah terkemuka seperti Claude Chabrol, Stanley Kubrick, Miloš Forman, Béla Tarr, Chen Kaige, Alexandr Sokurov, Jim Jarmusch, Spike Lee, Ang Lee, Claire Denis, Kim Ki-Duk, Abbas Kiarostami dan ramai lagi.
Filem kedua Dain Said yang menemui penonton di pawagam bakal ditayangkan pada awal 2017. Ia diterbitkan oleh Apparat dan dibiayai oleh Sonneratia Capital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDec) dan Seeing Eye Films dengan kerjasama Filem Nasional (FINAS). Interchange juga diterbitkan bersama penerbit Indonesia, Cinesurya.
Film seram supernatural ini menggabungkan pelakon-pelakon hebat Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Iedil Putra, Nadiya Nissa, Alvin Wong dan Chew Kin Wah.
Teaser filem Interchange sudah pun boleh dicapai secara dalam talian bermula Khamis, 12 Mei 2016.
Sinopsis:
DETEKTIF MAN (SHAHEIZY SAM), bersama rakannya ADAM (IEDIL PUTRA), seorang jurufoto forensik, terlibat di dalam satu kes pembunuh bersiri yang amat mengerikan sehingga ianya memberi igauan serta kesan amat mendalam kepada Adam.
Sejak dari peristiwa tersebut, Adam mula menyendiri dan menghindari dunia nyata dengan mengambil foto dari beranda apartmennya. Dari lensa kamera beliau, Adam mengintip IVA (PRISIA NASUTION), seorang wanita misteri berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartment bertentangan.
Tatkala itu, mulalah Adam diselinap masuk ke dalam dunia penuh misteri Iva. Pada masa yang sama, Man berjaya memecah kebuntuan kes-kes pembunuhan yang berlaku. Akhirnya, mulalah konflik dengan pelbagai kejadian-kejadian mistik, ngeri dan kepercayaan dahulukala yang mula menghantui mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sudah Berusia 40 Tahun, Nicholas Saputra Tak Pernah Sunyi Hidup Solo

gempak
06/10/2024
06:53 MYT
Diam tak diam usia Nicholas Saputra yang menjadi kegilaan ramai sejak dikenali menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta sudah masuk 40 tahun.
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku Banyak Kejutan, Jom Layan Dua Episod Akhir Malam Ini!

gempak
23/05/2024
07:53 MYT
Drama popular Takdir Itu Milik Aku dari Karya Terbaik Siti Rosmizah yang menerima sambutan penonton bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.
Drama

Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!

gempak
02/05/2024
14:55 MYT
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb
Hiburan

Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!

gempak
18/04/2024
04:02 MYT
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Hiburan

Shaheizy Sam Tak Suka Watak Zarif Dalam ‘Takdir Itu Milik Aku’ - “Saya Tak Bagi Anak-Anak Tengok, Takut Nanti Mereka…”

gempak
17/04/2024
09:55 MYT
Ramai kecam watak Zarif.
Unitar