Pelakon Hiroshi Abe menyifatkan filem The Garden of Evening Mists sebagai sebuah naskhah yang melambangkan konsep penyatuan dan perpaduan.

Ini kerana, Hiroshi, 56, berkata, dalam filem tersebut, ia menggunakan khidmat produksi dan pelakon daripada pelbagai latar belakang bangsa dan budaya.

"Dari Malaysia, Taiwan, India, United Kingdom, Australia, Singapura, Perancis, dan Jepun, kru dan pelakon bersatu bersama-sama dan gembira bekerja sebagai sebuah produksi antarabangsa.

"Filem ini membuktikan bahawa, tanpa mengira sejarah, budaya, dan sempadan kita boleh bersama-sama bersatu dan saling menghormati antara satu sama lain," katanya.

Hiroshi berkata demikian menerusi satu rakaman video yang didedikasikan khas buat penonton di negara ini.

Aktor terkenal Jepun, Hiroshi Abe, yang menyerlah menerusi filem Thermae Romae dan memenangi anugerah Aktor Terbaik di 36th Japan Academy Film Prize, mengajak anda untuk menonton filem The Garden of The Evening Mists di pawagam pada hari ini! Dapatkan tiket sekarang. The Garden of The Evening Mists akan ditayangkan di semua pawagam tanah air mulai hari ini. #TheGardenOfEveningMists #TGOEM #Astroshaw #hboasia #FINAS #夕霧花園 @tan.twan.eng @khenghua @serene_lsy @onnsancomposer @doakesdoakes @iamjohnhannah @sinjelee1234 @tomlin1976

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Pada masa sama, katanya dia berasa teruja apabila diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada produksi filem bertaraf antarabangsa itu.

"Pengarah Tom Shu-Yu Lin, kru produksi dan pelakon sudah menghabiskan masa beberapa bulan di Malaysia untuk menghasilkan filem ini, ayuh beri sokongan anda kepada kami," katanya.



Filem tersebut mengisahkan kehidupan wanita bernama Teoh Yun Ling lakonan Sinje yang mahu membina taman Jepun demi mendiang adiknya, Teoh Yun Hong (Serene Lim).

Bagaimanapun, Yun Ling kemudian menjalin hubungan terlarang dengan tukang kebun, Nakamura Aritomo (Hiroshi Abe).

Karya terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu kini sudah mula ditayangkan di pawagam sejak semalam.

BACA: The Garden of Evening Mists Ditayang Serentak di 3 Negara Mulai Hari Ini

Jadi, jangan lupa saksikan filem The Garden of Evening Mists di pawagam berhampiran anda.

BACA: 5 Sebab Anda Perlu Tonton Filem The Garden of Evening Mists