Pengarah baru, Hafiz Ibrahim menghasilkan filem Tulus Ikhlas sebagai tribute untuk pengarah tersohor, Allahyarhamah Yasmin Ahmad.
Tulus Ikhlas merupakan adaptasi daripada iklan Hari Raya Aidilfitri yang bersiaran di Astro First Eksklusif.
Tulus Ikhlas diinspirasikan daripada iklan yang menampilkan dua kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dan penglihatan sebuah syarikat padi beras terkemuka tanah air pernah menjadi sebutan suatu ketika dahulu.
“Ini merupakan filem pertama arahan saya. Sebelum ini, saya aktif menghasilkan iklan komersial selama 16 tahun. Filem ini merupakan tribute saya buat Yasmin.
“Yasmin merupakan insan yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam industri ini suatu masa dahulu. Saya menggunakan cara yang sama dalam menerbitkan iklan dan filem Tulus Ikhlas ini. Saya juga meneruskan legasi Yasmin dalam industri periklanan dan perfileman tempatan,” kata Hafiz kepada Astro Gempak.
Menceritakan mengenai filem Tulus Ikhlas, filem ini merupakan kisah kesinambungan iklan yang pernah terbit pada tahun 2012.
"Empat tahun dahulu, dua orang pelakon kanak-kanak itu berusia sekitar lapan hingga 12 tahun dan untuk filem ini, kami menceritakan kisah kesinambungan mereka semasa dewasa.
“Ianya masih mengekalkan jalan cerita yang sama, iaitu penggunaan pelakon kelainan upaya penglihatan bagi watak Adi, dan bagi watak kelainan upaya pendengaran, pelakon Azmi Bahron memainkan watak Buyong sangat hebat sehingga ramai fikir dia benar-benar pekak,“ katanya.
Tulus Ikhlas dibintangi oleh Azmi Bahron, Azri Iskandar, Rahhim Omar, Marissa Yasmin dan ia turut dibintangi oleh pendatang baru, Mohd Safiq Arsad.
Filem ini membawa penonton menerjah kehidupan dua insan kurang upaya bernama Adi dan Buyong.
Adi merupakan seorang cacat penghlihatan manakala Buyong seorang yang cacat pendengaran meneruskan kelangsungan hidup sebagai tukang urut kaki di Jalan Alor, Kuala Lumpur.
Jangan lupa saksikan Tulus Ikhlas yang akan mula bersiaran secara eksklusif di Astro First Eksklusif Saluran 480 mulai 20 Februari 2016 dengan hanya RM15.90. Penonton boleh menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Ahmad Shah
Fri Feb 19 2016


Reen Rahim ‘Naik Hantu’ Dituduh Pergi Tandas Sebab Nak Elak Bergambar Dengan Peminat - “Kau Ingat, Aku Mak Kau Ke Nak Layan…”
Ha kan Reen dah marah...

Adakah Neelofa Tetap Akan Sorok Wajah Anak Keduanya Kelak? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan: “Bukan Nak Buat Content…”
Neelofa tak sorok anak

PU Syed Persoal 'Acara Gelek' Ifa Raziah, Kak KM: “Bagaimana Status Rezeki Yang Terbit Dari Usaha Yang Haram...?”
PU Syed tegur Ifa, Kak KM

Tunang Shuib, Watie Selesai Kursus Kahwin Di Usia 35 Tahun - "Orang Kata Yang Lambat Selalunya..."
Watie dakwa dia peserta tertua pergi kursus kahwin

KRU Perkenalkan Wetland Studios Putrajaya, Syarikat Milik Selebriti Pertama Mengendalikan Taman Tema
Menarik untuk dikungjungi satu family!

Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara
Arnold sifatkan Bruce seorang insan luar biasa

Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa
Luna Maya ada kekasih baharu!

Siap Dalam Masa Tiga Hari, Syabil Harap Lagu Dunia Kita Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pendengar Muzik Tempatan
Lagu Dunia Kita terinspirasi daripada pengalaman sebenar

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Penggambaran pula dekat banglo lama.

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan