Gaya Hidup

Finalis Projek Bliss Tertekan Menjelang Sesi Pengadilan Terakhir

gempak
Ahmad Shah
28/05/2016
15:40 MYT
Sponsor Banner
Finalis Projek Bliss Tertekan Menjelang Sesi Pengadilan Terakhir
Dua finalis Projek Bliss Transformasi Diriku mengakui tertekan menjelang sesi pengadilan terakhir kerana tidak tahu siapa yang bakal dipilih juri untuk bergelar juara.
Pada sesi tersebut, dua finalis iaitu Jean Lim dan Amy Nur Tinie dinilai oleh barisan juri professional iaitu Pengurus Pemasaran Nestle Bliss ,Cheryl Yong, Pakar Nutrisi, Joanna Soh dan Pakar Kecergasan, Wong Yu Jin.
Model Sambilan, Jean Lim dan Pakar Kecantikan, Amy Nur Tinie mengakui masing-masing mempunyai keinginan untuk bergelar juara.
Sebelum itu, mereka telah diberi tugasan terakhir untuk menghasilkan sebuah video tentang penjagaan diri berdurasi satu minit.
Jean dan Tinie kemudiannya dinilai menerusi video yang mereka hasilkan tentang kelebihan Nestle Bliss terhadap kecantikan luaran dan dalaman.
Untuk bergelar juara, Jean dan Tinie perlu menyediakan fakta yang tepat supaya informasi yang ingin disampaikan kepada audiens mudah difahami dan jelas.
Siapa di antara Jean dan Tinie yang memberikan video terbaikdan bakal bergelar juara? Jangan lupa untuk layari projekbliss.com.my pada Ahad ini, jam 3 petang.
Projek Bliss Transformasi Diriku merupakan sebuah program realiti yang membuktikan sistem penghadaman yang sihatmampu menyerlahkan seri luaran.
Program ini dihoskan oleh pelakon popular, Siti Saleha.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024