Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia: Netizen Tak Senang Duduk, ‘Nervous’, Rasa Macam Akim Ahmad Bagi ‘Hint’ - “Letak Lah Saya Dekat Undi Masuk”

GV Fantasia: Netizen Tak Senang Duduk, ‘Nervous’, Rasa Macam Akim Ahmad Bagi ‘Hint’ - “Letak Lah Saya Dekat Undi Masuk”

Sekilas

  • Akim Ahmad dikatakan seolah-olah memberi bayangan untuk menyertai Gegar Vaganza Fantasia (GV Fantasia) menarik perhatian netizen.
  • Isterinya, Stacy Anam, juga merupakan bintang musim ini.
  • GV13 menampilkan barisan peserta popular dan akan disiarkan setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim di Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Penyanyi, Akim Ahmad mencuri perhatian netizen apabila memuat naik hantaran berkaitan dengan program Gegar Vaganza Fantasia (GV Fantasia) yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Akim seolah-olah memberi bayangan dan berseloroh bahawa dia tidak kisah namanya diletakkan dalam senarai undian masuk untuk menyertai program popular berkenaan.

Advertisement

“Kalau semua pun nak masuk tak masuk, nak masuk tak masuk. Tak pe la, letak la saya kat undi masuk,” tulisnya ringkas.

Hantaran tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata teruja membayangkan kemunculan Akim dalam program realiti nyanyian berkenaan.

Apatah lagi apabila isterinya, penyanyi, Stacy Anam juga merupakan bintang Gegar Vaganza Fantasia musim ini.

Advertisement

Malah, sudah ada netizen yang mula membayangkan pertembungan menarik antara Akim dan Stacy sekiranya kedua-duanya berjaya mara ke peringkat akhir.

Antara komen yang diberikan netizen adalah:

“Ai, hint ke ni? Jangan bagitahu lambat. Nak buat sepanduk besar ni,”

“Kalau Akim masuk GV tahun ini, saya akan setia tengok dari minggu pertama sampai akhir, Akim confirm masuk final,”

“Lock akim pastu final kalau ada battle round nak akim vs stacy fuh,”

Untuk info, terdapat beberapa nama lagi yang belum diumumkan sebagai bintang GV Fantasia.

Antara nama yang dipetik netizen adalah Akim, Hafiz Suip, Amir Masdi, Sufi Rashid dan Hazama.

Akim merupaka bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) pada tahun 2009 dan namanya dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.

GV13 bakal menampilkan Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan juga Firman berentap untuk merebut gelaran juara di pentas berprestij ini.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

Anda mungkin berminat dengan

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Must Watch Video

Advertisement