,
Laman Utama

FINAS Bantu Syarikat Produksi Menerusi Insentif Saringan Prihatin Dalam Tempoh PKPB

Asraf Aided
15/10/2020
06:50 MYT
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedia maklum dengan kebenaran menjalani aktiviti penggambaran sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan syarat mematuhi garis panduan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ekoran itu, FINAS juga menggalakkan semua syarikat produksi yang terlibat dengan aktiviti penggambaran sepanjang tempoh PKPB ini untuk melakukan ujian saringan atau 'swab test' COVID-19 ke atas semua kru produksi dan artis yang terlibat.
Justeru, pihak FINAS akan melaksanakan Insentif Saringan Prihatin kepada syarikat produksi yang melakukan 'swab test' COVID-19 keatas kru dan barisan artis yang terlibat dalam penggambaran dalam tempoh PKPB ini.
Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2020, FINAS menyatakan inisiatif itu bertujuan untuk memastikan keselamatan dna kesihatan kru produksi dan barisan artis sentiasa terjamin di lokasi penggambaran sekaligus menghentikan penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Insentif Saringan Prihatin tertakluk kepada perkara-perkara seperti di bawah.
1. Syarikat-syarikat produksi yang menjalankan aktiviti penggambaran dalam tempoh PKPB iaitu dari 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020 sahaja.
2. Kos saringan ‘swab test’ COVID-19 ke atas kru-kru produksi dan barisan artis hendaklah ditanggung terlebih dahulu oleh syarikat produksi dan perlu mengemukakan dokumen tuntutan kepada FINAS.
3. Tuntutan insentif hanya melalui syarikat produksi yang berdaftar di bawah FINAS sahaja.
4. Kadar maksimum bagi tuntutan insentif ini berjumlah RM5,000 bagi setiap syarikat produksi.
5. Saringan ‘swab test’ COVID-19 hanya boleh dilakukan melalui Pakej Khas FINAS di klinik panel berdaftar iaitu Megaklinik Zahran, Bandar Baru Bangi sahaja. Pihak Megaklinik Zahran, Bandar Baru Bangi juga boleh menjalankan ujian saringan di lokasi penggambaran yang dipersetujui.
Pihak produksi yang ingin melakukan ujian saringan boleh hubungi pihak Megaklinik Zahran, Bandar Baru Bangi seperti butiran berikut :
MEGAKLINIK ZAHRAN BANDAR BARU BANGI Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
No. Tel : 03-89122524 / 012-5060151 Cik Nabilah Muhamad Shahrel untuk urusan temujanji.
Pihak FINAS berharap dengan bantuan insentif yang disalurkan ini dapat meringankan beban terhadap syarikat produksi yang menjalankan aktiviti penggambaran dalam tempoh PKPB. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Unit Komunikasi Korporat di talian 03-7968 2182 atau emel di [email protected].
Kredit Foto : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

gempak
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Hiburan

Urusan Permohonan Rumah PPR Berjalan Lancar, Zaiton Sameon: "Kemungkinan Dapat Menginap Di Situ Tidak Lama Lagi"

gempak
08/04/2024
02:55 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Isu Letak Kalimah Allah, FINAS Arah Tarik Balik & Tukar Poster Filem Sijjin

gempak
27/12/2023
05:25 MYT
FINAS arah talik balik poster.
Laman Utama

“Saya Rasa Dizalimi” - Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS, Bapa Anzalna Tak Tolak Ada Campur Tangan Politik & Kroni

gempak
01/06/2023
06:35 MYT
Dapat notis 24 jam.