Bintang YouTube terkenal dan juga pelakon, Syahmi Sazli menjadi tular kerana menjual air di dalam balang di hadapan pejabat baharunya bertempat di Kubang Kerian, Kelantan.

Namun penangan air balang Syahmi ini bukan biasa-biasa kerana ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli air itu.

Bayangkan, siap ada barisan untuk mereka yang mahu membeli sebanyak 16 bungkus air ya!

Seperti dikatakan oleh seorang pengguna Tik Tok yang berkongsi video pendek di gerai Syahmi, “pertama kali tengok gerai air macam ni” maklumnya.

Rakaman video pendek itu juga turut dikongsi kembali menerusi akaun Facebook Kelantanese.

Dalam pada itu, rata-rata pembeli yang sudah merasai air balang Syahmi memberikan respon positif.

Kata mereka, Syahmi begitu ikhlas berniaga dan air yang dijual juga sedap dan lemak manis.

Sebelum ini Syahmi pernah memohon maaf kerana air dijualnya habis dan ramai yang masih tidak dapat membelinya.

Syahmi sebelum ini mengarahkan filem sulungnya berjudul Mael Totey pada tahun 2020 dan mendapat sambutan luar biasa penonton.