Isu antara penyanyi solo, Fitri Haris dengan bekas ahli kumpulannya, UNIC semakin panas apabila kini ia melibatkan tindakan undang-undang antara kedua pihak.
Fitri memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan bekas ahli kumpulan tersebut dan masih menganggap mereka sebagai kawan.
"Saya tiada isu apa-apa pun dan saya tidak dapat baca hati orang. Bagaimanapun, saya ada berjumpa dengan Bazli dalam satu acara beberapa hari lepas, kami bertegur sapa dan bersalam," katanya kepada Astro Gempak.
Jelasnya, dia tidak mahu mengulas panjang mengenai isu yang berlaku antara mereka kerana segala tindakan kini dijalankan peguamnya.
"Saya tak nak ulas apa-apa dan menyerahkan pada pihak pengurusan. Saya memang tiada masalah dengan mereka. Apapun saya nak mereka juga berjaya," katanya.
Ujarnya, apa yang berlaku ini memberi kesan paling besar pada dirinya sebagai anak seni.
"Kesian pada penganjur, pernah berlaku persembahan dibatalkan pada saat akhir. Banyak benda sebenarnya apabila saya tanya penganjur ada cerita daripada pihak mereka.
"Perkara ini akan memberi kesan. Industri muzik kita tak sebesar mana apatah lagi muzik nasyid. Saya tetap 'move on' dan mendoakan setiap kejayaan orang lain," katanya.
Pengurus Fitri yang hanya dikenali sebagai EL pula mengatakan ketika ini mereka masih dalam proses tindakan undang-undang.
"Pihak sana tahu, kami tunggu bukti-bukti yang apa mereka cakap sebab dia pun tahu sekarang pergi ke mahkamah dan peguam dengan peguam," katanya.
Tambahnya, usaha untuk mencari jalan penyelesaian di luar bergantung pada tindakan pihak di sana.
"Kami tunggu apa yang mereka keluarkan dan bagi. Apa yang mereka cakap kena ada bukti. Sekarang ini tiada bukti jadi kami minta segala 'documentation'.
"Pihak pengurusan perlu membuat keputusan terhadap akibat yang dialami Fitri sendiri kerana ia melibatkan orang ramai dan dia menggalas banyak tanggungjawab sebagai duta, bersama kerajaan dan sebagainya.
"Perkara itu membuatkan tindakan susulan terpaksa diambil sebab tiada penyelesaian luar dari pihak sana pun. Kami sudah bagi masa, dah bagitau tapi tiada apa-apa dari pihak sana," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @fitriharisofficial
Elrafaei Sapi
Wed Jan 16 2019
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.