Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Followers Digelar Sebagai Pentaksub, Cik Epal 'Back Up' - “Aku Sedar Je Kalau Ada Yang Sokong, Akan Ada Yang Hina”

Mya Amri
09/11/2024 14:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal memberi teguran kepada netizen yang menggelarkan pengikutnya sebagai pentaksub Cik Epal.

Tahu ada yang tak suka


Cik Epal menerusi akaun Instagram miliknya menyatakan dia mengetahui ada segelintir pihak yang tidak menyukai dirinya.

Bagaimanapun kata Cik Epal, dia enggan mengambil peduli tentang perkara itu dan hanya mahu terus menjadi diri sendiri.

“Pentaksub Cik Epal, Walaepal, aku ada nampak orang gelarkan ayat ni sekarang. Okay dengar sini.

“Aku bukan tuhan. Tak perlu taksub aku. Aku hanya lah Cik Epal gonjeng sahaja.


“Cuma aku faham kenapa ada yang sokong aku. Sebab selama aku di media sosial ni aku anggap semua orang macam member aku.

“Cara aku menulis pun dari dulu aku bahasakan diri aku ‘aku’. Aku memang treat media sosial macam aku tengah borak dengan member.

“Mungkin kalau ada yang sokong aku, depa rasa depa macam dah lama membesar dengan aku.
Dah ‘member’ kena tekan, kita mesti la backup member kan?,” coretnya.\


Ada yang sokong, ada yang hina


Dalam hantaran yang sama, Cik Epal juga mengatakan dia hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

“Cuma adat media sosial, semua ada harga yang perlu di bayar. Aku sedar je, kalau ada yang sokong aku, akan ada jugak yang menghina aku.

“Semua ni datang dalam satu pakej. Aku tak boleh kawal semua tu. Yang aku boleh kawal, diri aku sahaja.


“Aku manusia biasa. Kalau ada aku salah, tegur je. Aku boleh terima teguran. Cuma aku tahu apa yang aku sedang buat sekarang,” jelasnya.

A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06)


Terdahulu, konflik perceraian antara pasangan pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam nampak tidak berkesudahan.

Cik Epal menerusi hantaran di Insta Story meluah rasa bengang apabila ibu kepada Dewi iaitu wanita yang didakwa menjadi punca perceraiannya dikatakan mula campur tangan.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan Cik Epal, malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sabar Jap, Saya Belajar Dulu Dengan Cikgu Vokal Terpaling Mendonia” - Bukan Biasa-Biasa, Cik Epal Serious Nak Jadi Penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN:“Siapa Makcik Untuk Masuk Kawasan Rumah Saya Suka-Suka Hati?” - Cik Epal Bengang Dengan Mak Dewi, Dakwa Siap Ada Akses Kad

ARTIKEL BERKAITAN:Dalam Proses Tulis Lirik, Kolaborasi Aepul Roza & Cik Epal Bakal ‘Mendonia’ - “Saya Rasa Research Saya Dah Cukup”

ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Dedah Pernah Buang Ego & Cuba Perbaiki Hubungan - “Cuma Dengan Kes Milan Buat Hati Hancur & Tertutup Untuk duda Aku”

ARTIKEL BERKAITAN:“Ambil Je La Duda Aku, Aku Sedekah Dekat Sesiapa Yang Memerlukan” - Cik Epal


Selepas sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya Cik Epal mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suaminya, Jofliam menerusi Instagram pada 9 Oktober lalu.

Bagaimanapun Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.

Untuk info, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
#Followers #Cik Epal
;