,
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Bufet Ramadan Cita Rasa Desa Tawar Hidangan Selera Melayu, Lengkap Dengan Kambing Golek & Sup Tulang!

Izwan Isa
22/03/2024
11:55 MYT
Ketika bulan Ramadan, ramai dalam kalangan kita yang cuba untuk menyelesaikan hal berkaitan kerja seawal mungkin agar dapat pulang ke rumah bagi membuat persediaan berbuka puasa.
Jika ada dalam kalangan anda yang bekerja di tengah-tengah ibu kota, jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di Food Exchange, Hotel Novotel Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur.

Cita Rasa Desa

Bertemakan Cita Rasa Desa, bufet Ramadan yang bermula sejak 16 Mac lalu itu menawarkan pelbagai hidangan Melayu, sesuai dengan selera lokal kita.
Antara menu yang kembali atas permintaan ramai termasuklah Novo Kambing Golek 'Tergolek,' Trio Grande Siakap, Bubur Lambuk Istimewa, Puding DiRaja, dan Roti John Nana Tanjung.
Menambahkan kelainan, menu Mamu Penang Char Kuey Teow diperkenalkan pada tahun ini. Menampilkan tiga bahan istimewa iaitu udang, kerang dan sos rahsia, hidangan ini memberikan pengalaman unik yang mungkin tidak dapat dilupakan.
Sebagai tambahan kepada hidangan klasik, tetamu boleh menikmati Sup Meletop, dengan pilihan mulai dari Sup Ekor Daging Merah hingga Sup Tulang Kambing Merah dan Sup Tulang Rawan Merah.
Hidangan bufet ini turut menawarkan Rendang Daging Betawi, Ayam Pongteh Peranakan, Udang Goreng Mongolian, Tulang Rawan Asam Pedas dan Kari Kepala Ikan Kandar.

Harga berpatutan

Bufet Cita Rasa Desa ditawarkan pada harga RM168 nett bagi dewasa dan RM138 nett bagai kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dan warga emas 60 tahun dan ke atas.
Bagi ahli Accor Plus pula boleh nikmati diskaun sebanyak 20 peratus (tidak termasuk tawaran early bird).
Bufet Cita Rasa Desa ini boleh ditempah sehingga 5 April depan.

BERITA TRENDING: Kereta Dipandu Kanak-Kanak Rempuh Gerai, Peniaga Bazar Ramadan Cedera Kena Minyak Panas

BERITA TRENDING: Beli Popia Inti Hangus, Netizen Hampa Dengan Sikap Tak Jujur Peniaga Bazar Ramadan - “Nanti Boikot Kata Kita…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 7

gempak
04/09/2024
16:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6

gempak
28/08/2024
15:53 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Teater Andak Bertandak

gempak
22/08/2024
14:19 MYT
Siapa nak menang tiket untuk menyaksikan Teater Andak Bertandak secara percuma?
Peraduan

GMW Giveaway: Final Piala FA 2024

gempak
22/08/2024
14:09 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Perlawanan Final Piala FA 2024?
Peraduan

GMW Giveaway: TRAP Merchandise Giveaway

gempak
22/08/2024
14:02 MYT
Siapa nak menang hadiah eksklusif daripada filem Trap?