Tanpa sedar, setiap hari pasti kita akan mengambil gula lebih daripada lima sudu.

Tidak kira sama pengambilan minuman atau makanan manis dan juga ketika penyediaan makanan.

Bukan hanya sekadar diabetis, gula juga boleh menyebabkan penyakit mudarat yang lain.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, saranan gula yang boleh diambil oleh lelaki adalah tidak lebih dari tujuh sudu teh manakala bagi perempuan pula kurang dari enam sudu teh.

Public Health juga memaklumkan gula tambahan tidak sama seperti gula yang terdapat dalam buah-buahan.

Gula dalam buah buah-buahan di serap secara perlahan mengikut keperluan tubuh manakala gula tambahan pula diserap dengan pantas dan paras gula akan naik mendadak dalam beberapa minit.

Kita tahu pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan kencing manis, hakikatnya ia lebih bahaya dari itu.

Berikut merupakan penyakit disebabkan oleh ‘gula jahat’ ini.

#Foodieslife percaya pasti ramai yang mementingkan soal kesihatan lebih-lebih lagi kita sedang berdepan dengan COVID-19.

Jadi kalau boleh sama-sama kita kurangkan atau tinggalkan amalan ‘suka manis’ ini untuk kesihatan bersama.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA: #FoodiesLife merupakan satu kolum yang menceritakan pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja tetapi segalanya yang berkaitan dengan makanan. Food is Love!