Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

Gempak
23/07/2024 14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.

Sudah tentu, kes sebegini bukan sahaja menimbulkan rasa mual dalam kalangan orang ramai, malah persoalan mengenai kebersihan penyediaan sesuatu makanan bakal menjadi perdebatan oleh khalayak.

Rambut manusia

Begitupun, profesor di Jabatan Sains Makanan, Pemakanan & Pembungkusan, Clemson Universiti, South Carolina, Amerikat Syarikat (AS) Angela M. Fraser mendedahkan, terdapat beberapa jenis bahaya utama yang mungkin berada dalam makanan seseorang.

"Sewaktu menilai keselamatan pada makanan, kami meneliti tentang bahaya dari sudut biologi, kimia dan fizikal," katanya.

Bahaya dari sudut biologi datang dalam benda yang hidup, contohnya mikroorganisma dan bakteria.

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Kenapa ‘Clean Eating’ Tak Selalunya Bagus?

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Apa Rasa Makan Kulit Durian Cicah Sambal Merah? Aksi Berselera Lelaki Ini Ditonton Lebih 4.5 Juta Kali!

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Unik! Croissant Ketupat Ini Raih Perhatian Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Kurangkan Kesan Batuk Lepas Banyak Makan Limau

Sementara itu, bahaya daripada bentuk kimia pula berasal daripada bahan pembersih yang sama ada sengaja atau tidak sengaja ditemukan dalam makanan.

Manakala, bahaya daripada bahan fizikal adalah seperti rambut, tulang atau kepingan logam yang tidak sepatutnya berada dalam makanan.

Tambah Fraser, bahaya biologi dan kimia yang perlu dititikberatkan kerana mampu mengaktifkan tindak balas sistem imun dan boleh menyebabkan penyakit.

"Contohnya, bakteria jenis salmonella yang terdapat dalam ayam yang tidak dimasak sempurna boleh menyebabkan keracunan makanan," katanya.

Bagaimanapun, bahaya fizikal seperti rambut tidak menyebabkan terjadinya penyakit.

Sudah tentu, jika ada sesuatu serpihan yang besar seperti kepingan kaca, ia boleh menyakitkan badan jika ditelan atau menyebabkan tercekik.

Bagaimanapun, sehelai rambut tidak akan menyebabkan sebarang masalah.

Dalam erti kata lain, rambut yang terdapat dalam makanan tidak akan menyebabkan anda sakit walaupun bagi sesetengah orang mungkin berasa jijik sehingga termuntah.

Sumber: Liputan6, Majoriti
Foto kredit: Quora

#Rambut #Pakar #Selamat #FoodiesLife #Rambut dalam makanan