Laman Utama
#Foodieslife: Senang Je Nak Buat Pani Puri Rupanya, Boleh Feeling Street Food India
Kadang-kadang bila bosan pastinya kita akan secara rawak menonton video-video menarik di YouTube.
Lebih-lebih lagi YouTube yang berkaitan dengan makanan pasti menjadi kegemaran ramai.
Antara yang paling popular sudah tentunya street food di setiap negara. Bayangkan dengan menonton sahaja sudah boleh membuatkan orang terliur apatah lagi jika dapat menikmatinya.
Memandangkan kita masih lagi berada dalam pandemik, kali ini #Foodieslife ingin berkongsi resepi street food popular di India iaitu Pani Puri.
Ha bila dah berjaya buat tu memang feeling macam cerita Hindustan dan Tamil lah jawabnya.
Nah cara-caranya, mudah je resipi yang dikongsi Cik Merpati Putih ni tau:
ISI KENTANG
- Kentang atau kacang kuda
- Rebus kentang / kacang kuda sampai lembut dan lenyekan
- Bawang merah( potong dadu)
- Daun ketumbar (potong halus)
- Serbuk jintan putih / jintan manis
- Garam
- Serbuk cili (sikit je nanti pedas pulak)
Gaul je semua bahan ni
KUAH HIJAU
- Daun ketumbar
- Daun pudina ( jika ada)
- Cili padi
- Air sejuk sedikit
- Jintan manis/ jintan putih sikit je
- Garam
- Gula secubit jika nak
- Limau nipis @ limau kasturi
Blend ja semua ni gaul dan perasakan dengan garam dan gula, perah limau
KUAH ASAM
- Asam jawa
- Gula merah / gula perang / gula putih
Perah asam jawa pastu masak ja atas dapur .perasakan dengan gula merah . Kalau tak ada gula merah boleh ja buh gula perang atau gula putih. Masak sampai agak pekat
SOS PUTIH
- Mayonis / Yogurt
- Daun ketumbar
- Air sedikit
Gaul je semua sekali
Pani Pure keping tu beli kat shoppe ja
CARA MAKAN :
Pecahkan sikit masuk inti semua dalam tu dan makan.
Dah siap, selamat mencuba guys!
Must-Watch Video