Laman Utama
[FOTO] Dah Move On Daripada Ahmad Dhani, Maia Tayang Kehidupan Mewah Dengan Irwan Mussry – Bercuti Naik Private Jet & Helikopter!
Memang tidak akan habis apabila berbicara tentang keindahan kehidupan rumah tangga penyanyi dari seberang, Maia Estianty dan suaminya, Irwan Mussry. Apatah lagi selepas mendirikan rumah tangga, dua sejoli ini dilihat mesra dan bahagia di media sosial khususnya Instagram.
Selepas bercerai dengan Ahmad Dhani, kehidupan Maia sememangnya berubah 180 darjag. Kini melayari bahtera hidup yang mewah, jom semak gambar-gambar yang dikongsikan oleh Maia untuk tatapan peminat:
Kehidupan rumah tangga Maia Estianty dan Irwan Mussry yang harmoni begitu disenangi oleh netizen. Ramai yang berpendapat dua sejoli itu sangat serasi.
Bagaimana tidak? Di setiap hantaran Instagram mereka, selalu ada tempat baharu untuk dikunjungi mereka berdua.
Maia dan Irwan memang suka mengembara dan bercuti. Keduanya sering bepergian dengan pesawat peribadi atau first class.
Dari Amerika sampai Eropah, semua tempat indah di dunia tampaknya sudah pernah dikunjungi oleh pasangan suami isteri ini.
Maia juga pernah memuat naik momen honeymoon bersama sang suami di atas helikopter melihat indahnya pemandangan kota New York.
Sumber: KapanLagi
Must-Watch Video