Aleysha dan Ali diijabkabulkan di Masjid Al Mukarammah, Bandar Sri Damansara, dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.
Sebaik sahaja selesai akad nikah, foto-foto pernikahan pasangan itu mula dikongsi oleh keluarganya menerusi Instagram semalam.
BACA: Muka Suami Aleysha Macam Farid Kamil Lah – Peminat Ucap Tahniah Adik Sharifah Amani Dah Kahwin
Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Aryana yang juga merupakan anak-anak kepada bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia, Fatimah Abu Bakar itu berkongsi beberapa foto menarik usai majlis pernikahan Sharifah Aleysha.
Foto-foto itu dikongsi oleh meneraka menerusi akaun Instagram masing-masing beserta hashtag #AliSha dan #awangputihclan.
Rata-rata fotonya yang dikongsi itu mendapat ucapan tahniah dan pujian oleh peminat yang menyukai majlis ringkas pernikahan tersebut.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik Aleysha dan Ali. (#AliSha).
Teks oleh: Mya Amri