Acara selebiri Raya Meet & Greet yang dianjurkan oleh Astro Sabtu lalu berlangsung dengan begitu meriah.

Untuk pengetahuan, acara selebriti Raya Meet & Greet ini merupakan salah satu inisiatif Astro untuk memberikan peluang kepada pelanggannya bertemu dan beramah mesra dengan selebriti terkemuka tanah air.

Menerusi acara yang diadakan di Astro Experience Store di pusat beli-belah IOI Citymall Putrajaya itu, para pelanggan Astro berpeluang bertemu dengan barisan artis seperti Amelia Henderson, Elly Mazlein, Hawa Rizwana, Mira Filzah, Hun Haqeem, Mierul Aiman dan Qasrina Karim.

Jadi kami kongsikan antara perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang acara berlangsung:

1. Acara bermula sekitar jam 2.30 petang dan tamat pada 5.30 petang.

2. Untuk bertemu dengan artis kesayangan, pelanggan Astro hanya perlu menebus ganjaran menerusi MyAstroApp. Mudah kan? Memang ramai guys yang beratur. Terima kasih korang!

3. Artis-artis yang hadir turut mempromosikan program Ramadan Raya mereka di Astro antaranya Elly (Dapur Vaganza, Big Stage 5), Amelia (Gempak Most Wanted Raya), Mira, Hun, Mierul & Qasrina (Imam Instant Ustazah Scammer).


4. Sekitar 1,000 pelanggan Astro menghadiri acara berkenaan. Korang memang mantap guys!

5. Tidak dilupakan, acara juga meriah dengan kehadiran maskot Didi & Friends.

6. Acara Selebriti Raya Meet & Greet ini juga dikemudikan oleh Keanu dan juga Muna Bella. Rasanya semua dah boleh bayang betapa meriahnya acara kalau dua pasangan berbakat bergabung kan? Hehe.

7. Guys! Siap ada peminat yang datang bawa sepanduk untuk Mierul ya. Mierul pun tak sangka dan mengucapkan terima kasih kepada peminat.

8. Perangai sporting Hun dan Mierul ketika melayan peminat menang sporting habis! Lagi-lagi bila mereka senyum, fuh memag cair dibuatnya. Manis betul.


9. Mira Filzah juga apa kurangnya, siap ada peminat yang terpegun melihat artis wanita cantik ini dan tak habis-habis memuji kecomelan Mira. Awwww cute.

10. Qasrina pun best! Siapa sangka gadis cantik ini pemalu juga orangnya ya. Rata-rata peminat yang datang suka melihat reaksi Qarina yang malu-malu mengucapkan terima kasih apabila mendapat pujian. Hehehe comel.

11. Seperti biasa, keadaan bertambah riuh apabila Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina muncul di acara tersebut. Memang Kak Lina nombor syatu la dikkk!


12. Amelia juga tidak kurang ramahnya, rata-rata yang hadir memuji kecantikan hos program Gempak Most Wanted itu.

13. Paling tidak disangka, Meerqeen juga hadir memberikan sokongan. Difahamkan Meerqeen hanya singgah sebentar untuk bertemu Hun dan juga menyapa rakan selebriti lain.


14. Hawa juga ramah dan sporting melayan peminat. Suka tengok gelagat Hawa berinteraksi dengan mereka.

Jangan lupa saksikan program-program raya menarik hanya di Astro ya. Macam-macam ada!