Abang kepada pelakon Isa Khan, Miller Khan telah selamat berkahwin dengan pasangannya, Farina Rebecca pada Rabu.

Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Isa dan kakaknya, Sabrina Ali Khan menerusi hantaran di Instagram Stories.

"Alhamdulillah, akhirnya abang saya kahwin! Tahniah abangku, semoga Allah merahmati kami dan isteri," ucap Isa.

"Alhamdulillah, syukur. Semoga kekal hingga jannah," layang ucapan Sabrina.



Menerusi beberapa foto perkahwinan yang disiarkan di media sosial sahabat rapat Miller dan Farina, pasangan itu sepadan mengenakan busana tradisional Betawi.

Farina juga kelihatan anggun dengan berkebaya putih.



Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, 34, berkongsi siri foto pra perkahwinan bersama Farina di Instagram mereka sejak minggu lalu.

A post shared by Miller Khan (@miller_khan)


Untuk rekod, Miller telah melamar Farina di dalam helikopter pada 11 Mac 2021 ketika dibawa bersiar-siar di Jakarta, Indonesia.

BACA: Melamar Dalam Helikopter, Miller Khan & Kekasih Selamat Bertunang

BACA: Road To Halal... Miller Khan Rancang Kahwin Tahun Ini

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
!Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran