Berbeza budaya di Korea Selatan, pasangan YouTuber popular Ryzal dan Maryam You Narae meraikan dua ulangtahun perkahwinan setiap tahun.

Pertamanya ulangtahun pernikahan pada setiap 15 Ogos dan keduanya ulangtahun resepsi pada 29 September.

"Bila kahwin dua negara ni unik sikit. Di Korea, hari majlis resepsi itu ulangtahun mereka. Ya lah, sebab tiada majlis nikahkan.

"Jadi, setiap tahun ada dua kali ulangtahun perkahwinan. Isteri sama tau, jangan buat hal," tulis Ryzal.

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)


Berkongsi foto-foto menarik sepanjang majlis resepsi di Korea Selatan, balas Maryam pula, mereka bagaimanapun masih belum membuat resepsi di Malaysia.

"Kita belum buat resepsi di Malaysia. Ada satu lagi," kata Maryam.

Balas Ryzal berseloroh; "Cukuplah tu sayang, kasihan anak kita confuse nanti."

Komen terbabit menarik perhatian peminat mereka yang mahukan pasangan itu mengadakan majlis resepsi sekali lagi di negara kelahiran Ryzal.

Malah, ada yang mencadangkan mereka mengadakan resepsi seperti pasangan Shuib dan arwah Siti Sarah yang mengadakan majlis resepsi mereka selepas enam tahun berkahwin.

Ada juga yang turut mencadangkan mereka mengadakan resepsi bersama majlis akikah bayi sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

"Boleh je buat, Shuib dan arwah Sarah pun buat majlis setelah bertahun," kata @eiraisma78.

"Betul tu nak juga rasa dan tengok majlis sanding di sini. Buatlah tema tradisional untuk Maryam walau dah ada anak pun ada je orang lain buat majlis sanding sebagai wedding anniversary," tambah @eira_82.

"Buat akikah saja, kemudian sanding tiga beranak. Ramai je yang nikah musim PKP tak sempat buat resepsi. Terus akikah," tulis @zueida117.

"Ibu mengandung kena ikutkan. Mengidam tu.

"Resepsi Malaysia buat sajalah 29 September juga. Tak confuse dah," tambah beberapa pengguna lain.

Ryzal atau nama penuhnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019.

Pasangan itu bernikah di Masjid Itaewon, Seoul, Korea Selatan yang hanya dihadiri keluarga terdekat mereka.