Laman Utama

[FOTO] "Vibes Dia Macam Permaisuri Luar Negara" - Lawa Sungguh Reen Rahim Tika Majlis Bersanding!

gempak
Amri Hassan
26/12/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
[FOTO] "Vibes Dia Macam Permaisuri Luar Negara" - Lawa Sungguh Reen Rahim Tika Majlis Bersanding!
Majlis persandingan pelakon Reen Rahim dan suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin telah berlangsung meriah pada Sabtu dengan dihadiri keluarga dan kenalan kedua-dua mempelai.
Reen berseri-seri mengenakan persalinan songket berona coklat rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.
Baju bersiluet kebaya moden itu dilatari dengan percikan batu jemeki serta renda mewah pada bahagian lengan menambahkan pesona ratu sehari itu.
Menyarung barang kemas mewah Cerew Jewels, Reen mendapat sentuhan solekan dari Syed Faizal Syed Noh dan penggayaan rambut dari Ckay Liow.
Tampak menawan dan anggun sempena majlis persandingannya itu, ramai yang memuji kecantikan Reen yang dikatakan salin tak tumpah seperti seorang permaisuri.
"Vibes dia macam ala-ala muka permaisuri luar negara uh!
"Cantik, berseri-seri muka. Semoga kekal hingga jannah.
"Cantik dengan make up yang simple dan nampak natural. Semoga kekal hingga syurga.
"Macam tuan puteri!
"OMG! Ku ingat she join Miss Universe Malaysia," puji dan seloroh beberapa pengguna media sosial di foto-foto majlis persandingan Reen.
Reen, 34, sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boraombak Marina, Putrajaya pada Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir, 62, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Foto: IG Reen Rahim, IG Rizman Ruzaini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live