Laman Utama

Founder Produk Dakwa Penyanyi Wanita Kelentong Duit RM150,000 - "Perangai Serupa Ta*k! Bukan Main Joli, Joget Sana-Sini Tayang Hidup Mewah"

gempak
Amri Hassan
04/07/2023
22:55 MYT
Sponsor Banner
Founder Produk Dakwa Penyanyi Wanita Kelentong Duit RM150,000 - "Perangai Serupa Ta*k! Bukan Main Joli, Joget Sana-Sini Tayang Hidup Mewah"
Nama pengasas produk ESW yang juga pempengaruh media sosial, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin), kembali hangat dalam kalangan warganet apabila memuat naik beberapa hantaran 'panas' membabitkan seorang pengasas produk kosmetik wanita.
Pengasas produk yang juga penyanyi yang berasal dari Pulau Pinang itu dakwa Iddin telah 'meminjam' sejumlah wang bernilai kira-kira RM150,000 sebelum ini.
Kata Iddin, wanita terbabit bersama suaminya difahamkan telah meminjam wang terbabit untuk membayar satu perkhidmatan, namun selepas wang diberikan pasangan itu sepi seribu bahasa serta mengelak dari bertemu atau berhubung.
"Ch*t* dan suami sila pulangkan duit saya! Tempoh dua minggu diberikan untuk kamu berdua jelaskan hutang sebanyak RM150,000 sudah tamat. Sekarang lebih tiga minggu, satu sen duit pun saya belum terima.
"Saya ada bukti surat peguam mereka yang bertarikh 7 Jun 2023, antara lainnya menyebut anak guaman mereka Mohd Rosli b. Abu Bakar (Aaron Lee) berjanji untuk membayar wang kepada saya sebanyak RM150,000 secara berperingkat bermula tarikh 14, 20 dan 25 Jun, dengan jumlah sekali transaksi RM50,000.
"Oleh kerana jaminan surat dari peguam, saya ambil pendekataan berdiam sepanjang Jun lalu kerana mahu memberi peluang dan melihat sejauh mana komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah ini. Malangnya seperti dijangka mereka mungkir janji.
"Pasangan ini siap pukul canang kononnya mereka difitnah. Fitnah apa bendanya, semua bukti ada!" kata Iddin.
@iddinsyah.esw Replying to @Lissa ♬ Powerful songs like action movie music - Tansa

Tipu kawan-kawan, pengedar produk

Ujar Iddin lagi, perbuatan khianat pasangan usahawan yang sebelum ini merupakan sahabatnya terbongkar selepas dia memuat naik satu video pada 1 Jun lalu.
Video yang dikongsikan menerusi peranti Tiktok (Iddinsyah.Esw) dengan jumlah tontonan sebanyak 904,900 itu, memaparkan dirinya baru sahaja selesai membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara, dalam keadaan marah menuntut agar wangnya segera dikembalikan oleh pengasas terbabit dan suaminya.
Pasangan suami itu bukan sahaja mensasarkan Iddin sebagai mangsa, tetapi turut ‘kenakan’ lingkungan rakan-rakan pengasas produk yang rapat dengannya termasuk menipu ramai cawangan pengedar mereka sendiri yang selama ini membantu mengembangkan pasaran produk mereka.
"Ramai yang dah terkena, ramai yang datang mengadu kepada saya, di mana sebahagiannya membenarkan saya membuat perkongsian di Tiktok.
"Bukan main lagi ‘show off’ kehidupan mewah, pergi sana-sini, berjoget sana-sini, joli sana-sini, duk tunjuk dekat orang kononnya mereka kaya dan gah sangat! Perangai serupa dengan taik!
"Tolong pulangkan duit aku dan semua kawan-kawan yang kau khianat!" kata Iddin dalam satu temubual.

Tindakan undang-undang

Ekoran kegagalan pasangan terbabit menjelaskan bayaran mengikut tarikh yang ditetapkan, Iddin merancang untuk mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini yang turut disertai mangsa-mangsa pasangan suami isteri ini.
"Saya dan pihak guaman sudah siap siaga dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka jika tidak mengembalikan wang saya dalam kadar segera," katanya.
@iddinsyah.esw Replying to @budakkampong998 ♬ Powerful songs like action movie music - Tansa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live