Laman Utama

Francissca Peter Pertahankan Penggunaan Frasa ‘Bahasa Malaysia’, Tapi Netizen Kata ‘Bahasa Melayu’ Lebih Tepat

gempak
Izwan Isa
27/03/2022
08:50 MYT
Sponsor Banner
Francissca Peter Pertahankan Penggunaan Frasa ‘Bahasa Malaysia’, Tapi Netizen Kata ‘Bahasa Melayu’ Lebih Tepat
Penyanyi era 80-an, Francissa Peter berdepan dengan pelbagai respons apabila berkongsi ciapan mengenai penggunaan frasa yang tepat untuk menyebut bahasa kebangsaan.
Menurut Francissa atau lebih mesra disapa Fran, ketika dia berada di sekolah, dia diajar untuk menyebut Bahasa Malaysia yang membawa maksud Bahasa Rakyat Malaysia.
“Di sekolah, saya diajar untuk menyebut Bahasa Malaysia yang membawa maksud Bahasa Rakyat Malaysia. Saya juga mempunyai seorang guru yang bagu. Kita tidak pernah menggunakan frasa Bahasa Melayu.
“Melayu adalah bangsa - itu apa yang diajar kepada saya. Seperti apa yang saya katakan, saya merupakan rakyat Malaysia, lahir di Malaysia dan bercakap Bahasa Malaysia,” katanya menerusi laman Twitter.
Namun, ramai yang membetulkan kenyataan penyanyi yang popular dengan lagu Sekadar Di Pinggiran itu. “USA guna Bahasa Inggeris (English) bukan ‘Bahasa American’. Mesir guna Bahasa Arab bukan ‘Bahasa Mesir atau African’. Canada guna Bahasa Perancis (French) bukan ‘Bahasa Canada’.
“Kenapa malu akui Bahasa Rasmi Malaysia ni Bahasa Melayu, sedangkan negara ini dulunya bernama Tanah Melayu? US berada di Benua Amerika bukan Benua Eropah, tapi angkat English Language sebagai bahasa rasmi.
“Mesir berada di Benua Afrika tapi angkat Arabic Standard Language sebagai bahasa rasmi. Canada berada di Benua North America tapi angkat French Language sebagai bahasa rasmi. Tak malu pun dorang,” tulis seorang netizen.
Begitupun, Fran menulis ciapan susulan dan memberitahu yang dia tidak berniat untuk menafikan terhadap frasa atau terma yang digunakan bagi merujuk kepada Bahasa Kebangsaan.
“Tolong, tolong jangan salah faham dengan apa yang saya tulis. Saya di sini bukan mahu nafikan atau menjadi negatif terhadap terma yang digunakan untuk Bahasa Kebangsaan kita.
“Saya hanya berkongsi apa yang saya ingat diperkatakan kepada saya ketika zaman sekolah pada era 70an dan 80an,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live