Laman Utama

Fuad Rahman & Tom ‘Kantoi’ Sudah Bernikah? Ini Jawapan Empunya Badan - “Memang Kita Nak…”

gempak
Asyikin Mayudin
05/01/2023
22:55 MYT
Sponsor Banner
Fuad Rahman & Tom ‘Kantoi’ Sudah Bernikah? Ini Jawapan Empunya Badan - “Memang Kita Nak…”
Semenjak berkongsi mengenai hubungan cinta pada umum, pasangan Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) Fuad Rahman dan Tom sentiasa memaparkan kemesraan di laman sosial.
Kemesraan yang ditunjukkan itu turut mengundang pertanyaan daripada peminat yang ingin mengetahui status mereka memandangkan sudah kelihatan seperti pasangan suami isteri.
Ketika membuat siaran langsung di TikTok, Fuad Rahman secara bersahaja mengatakan pasti peminat akan terkejut jika mereka mengumumkan sudah bernikah.
“Lembut, pandai masak, pandai uruskan anak-anak… suami pun pandai uruskan. Kita kalau cakap dekat diorang yang kita dah nikah mesti diorang terperanjat kan,” kata Fuad.
Fuad berkata demikian selepas menerima banyak pertanyaan daripada peminat selain menjawab soalan mengenai keperibadian Tom menerusi live TikTok.
Malah, tindakan Tom yang secara tiba-tiba kelihatan panik dan menutup mulut Fuad mengundang lagi pertanyaan daripada netizen.
Bagaimanapun, Fuad menjelaskan dia dan Tom masih belum bernikah namun sudah mempunyai perbincangan ke arah itu.
“Tak ada la, saya cakap kalau kita cakap nak nikah, mesti diorang terperanjat. Yela, kita memang nak nikah la tapi belum masanya lagi la.
“Konon-kononnya saja la… kalau dah jodoh, Insya-Allah. Serius, kita belum nikah lagi. Dalam perbincangan la, tapi nak percepatkan la, Insya-Allah.
“Fasal ada urusan lagi… urusan Fuad, urusan lain lagi nak diuruskan. Tapi memang kita nak bernikah kan,” kongsi Fuad lagi.
BACA: Akui Bercinta, Fuad Rahman Rancang Nikahi Tom GV9! - "Saya Lamar Dia Jadi Kekasih 2 Minggu Lepas"
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024