Skip to main content

Viral

Gabungan Fantasi & Komedi, Filem The Witches Bakal Ditayangkan Secara ‘Magis’ Menerusi...

5fd8f923-6fc3-4431-b4b3-72f40949735a.jpeg

Ketika seluruh rakyat Malaysia menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin tayangan filem berbentuk komedi sedikit sebanyak mampu menghiburkan penonton daripada tekanan.

Malah, rasanya sudah lama penonton tidak melihat filem yang mempunyai elemen komedi dan magis yang sesuai untuk tatapan seisi keluarga.

Jangan tak tahu, HBO bakal membawa filem baru dan eksklusif iaitu The Witches terus ke rumah anda.

Manakala jalan ceritanya digarap oleh Zemeckis, kenya Barris dan Guillermo del Toro. 

Secara dasarnya, The Witches mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bertukar menjadi tikus selepas termakan coklat yang dibuat oleh sekumpulan ahli sihir.

Bagaimana kejadian itu berlaku dan bagaimana kesudahannya, anda kenalah tonton filem tersebut.

The Witches bakal ditayangkan secara eksklusif bermula 29 Januari secara On Demand menerusi Ultra Box, Astro GO dan HBO GO.



 

Must-Watch Video

Advertisement