Berita
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Menang Majoriti Mudah Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah
Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-16 memperlihatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menang majoriti mudah.
GRS berjaya memenangi 38 kerusi, diikuti oleh Warisan + dengan 32 kerusi dan Bebas mendapat 3 kerusi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan secara rasmi pecahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut parti seperti berikut:
Parti Warisan Sabah (Warisan): 29 kerusi
Perikatan Nasional (PN): 17 kerusi
Barisan Nasional (BN): 14 kerusi
Parti Bersatu Sabah (PBS): 7 kerusi
Bebas: 3 kerusi
Parti Keadilan Rakyat (PKR): 2 kerusi
UPKO: 1 kerusi
Untuk maklumat dan berita yang lebih lengkap, tentang PRN Sabah, sila layari Astro Awani.
Must-Watch Video