Laman Utama

Gadis Bercinta Dengan Lelaki Lain Walaupun Sudah Bertunang, Siap Dating Seminggu Sekali

gempak
Izwan Isa
28/08/2023
01:50 MYT
Sponsor Banner
Gadis Bercinta Dengan Lelaki Lain Walaupun Sudah Bertunang, Siap Dating Seminggu Sekali
Seorang lelaki melahirkan rasa kecewa apabila gadis yang dikenali menerusi media sosial rupanya sudah menjadi hak milik orang.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok, lelaki itu berkongsi beberapa tangkap layar perbualan mereka berdua, selain gambar-gambar gadis tersebut yang diambil ketika mereka berdua berjumpa.
Memulakan perkenalan pada 22 Mei lalu, mereka berjumpa buat pertama kali sembilan hari kemudian.
Sejak daripada pertemuan itu, dia dan gadis tersebut berjumpa sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh seminggu - sama ada ketika makan tengah hari atau makan malam.
@ambokizwan
Sakit. Doakan saya cepat sembuh.
♬ Kau Tigakan Cinta - Elkasih
“1 Jun, dia dah panggil kita sayang. Jumlah dalam Whatsapp 116 kali berbalas sayang. 20 Julai dia ucap ‘I love you’. Total 26 kali berbalas I love you,” katanya.
Selain itu, lelaki itu turut memberitahu yang dia banyak menghabiskan masa menghubungi gadis berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, balik kerja dan ketika sedang tidur (sleep call) antara pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi.
Sempat menyambut hari jadi gadis berkenaan, lelaki tersebut memberitahu yang dia berasa ada sesuatu tidak kena pada panggilan video terakhir yang dilakukan pada 21 Ogos lalu.
Begitupun, gadis tersebut akhirnya menghubungi lelaki berkenaan selepas tiga hari tidak membalas mesej di Whatsapp. Menerusi mesej yang dikirim, gadis berkenaan meminta maaf dan mengakui tidak boleh meneruskan hubungan yang telah terjalin atas alasan tidak mendapat restu ibu dan bapanya.
Namun, lelaki itu terus menghubungi rakan baik gadis berkenaan dan apa yang mengejutkan, lelaki itu mendapat tahu gadis berkenaan sudah pun bergelar tunangan orang dan bakal berkahwin. Rakan baik gadis berkenaan turut berkongsi kad kahwin yang telah dikirimkan kepada tetamu selain gambar majlis berinai.
Akhirnya, pada 25 Ogos, gadis berkenaan pun bernikah dengan pilihan hatinya.
“Terima kasih tipu saya hidup-hidup selama tiga bulan,” kata lelaki berkenaan.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan respons terkejut terhadap tindakan gadis berkenaan yang dianggap tidak jujur dengan tunangnya.
Selain itu, ada juga yang mendoakan agar lelaki berkenaan terus tabah dalam menjalani ujian.
BACA: Isteri Kantoi Curang, Suami Rela Maafkan Kerana Masih Cinta​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live