Gadis cantik yang tular kerana gembira selepas mendapat keputusan ujian memandu baru-baru ini rupanya adalah anak kepada pengacara Aidid Marcello.

Gembira ambil gambar dengan keputusan P

Video pendek yang dikongsi Aidid di akaun Instagram miliknya itu merakamkan reaksi gembira anak perempuannya, Alyea Nai Lina mengambil gambar sambil memegang keputusan P.

Aidid bagaimanapun mengulas setiap reaksi anaknya ketika mengambil gambar dengan kata kata lucu membuatkan pengikut Instagramnya terhibur.

“Bukan main kau posing dengan lesen P tu eh? Senyum. Kau tengok, ni pun keputusan juga ni. Ambil keputusan SPM tak senyum sangat.

“Dapat keputusan kereta P je, belum dapat penuh lagi dah senyum. Ambil gambar sorang pula? Abang ni adjust ni aku rasa ni.

“Bukannya aku tak tahu, aku pernah muda. Eh nak adjust pula. Ceh ceh ceh, terima kasih, sama sama,” ujarnya mengusik.

A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello)

BERITA TRENDING: "Mandi Berjam, Adjust Tudung Sampai Pecah Cermin, Susah Oo Nak Bela Anak Dara Ni" - Aidid Marcello

Netizen ucap tahniah, kongsi pengalaman

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada gadis cantik itu termasuklah penyanyi tersohor, Anuar Zain.

“Bertambah panjang langkah dia, haha,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Aidid Marcello Nekad Berhentikan Sekolah Anak-Anak, Hantar Ke Akademi Tahfiz Al-Quran - "Aku Jahil Sangat, Tapi Tak Nak Mereka ..."

BERITA TRENDING: “Hari-Hari Dia Layan Saya & Anak-Anak, Bagi Makan…" - Aidid Marcello Gembira Isteri Berhenti Kerja

Terdahulu, tular di media sosial tentang gadis yang gembira mengambil gambar selepas lulus ujian memandu.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah kegembiraan gadis itu seolah-olah sama seperti reaksi para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM.

Rata-ratanya terhibur dengan reaksi gadis itu dan menyatakan mereka juga mempunyai pengalaman yang sama sewaktu pertama kali lulus ujian memandu suatu ketika dahulu.