Seorang wanita mula menjadi perhatian netizen selepas rakaman dia mencuri tip dari seorang pemandu Uber tersebar.
Wanita yang dikenali sebagai Gabrielle Canales merayu supaya netizen dapat menghentikan kritikan terhadapnya kerana dia mengakui telah membayar balik wang yang dicurinya, berjumlah AS$5 (RM20) kepada pemandu tersebut.
Dalam rakaman itu, seorang gadis remaja dari Long Island, New York, dilihat mencuri wang tip atau upah yang diletakkan di tepi kerusi pemandu.
Selepas identitinya dikenal pasti, Canales diserang netizen di laman sosial, apatah lagi dia seolah-olah tidak menunjukkan rasa menyesal atas tindakannya itu, berdasarkan beberapa foto dan kapsyen yang dimuat naik ke Instagram.
Namun dalam satu temubual dengan portal Buzzfeed, Canales memberitahu insiden berkenaan berlaku pada bulan Ogos lalu dan sudah menyesal dengan perbuatan itu.
Malah, remaja berusia 18 tahun itu juga mengakui telah membayar balik wang yang dicurinya, berjumlah AS$5 (RM20).
"Insiden itu sudah lebih dua bulan berlaku. Saya sudah lama menyesal dan sedar perbuatan saya itu salah.
"Saya memuat naik status yang mempersendakan rakaman itu kerana geli hati ia tular selepas dua bulan. Ia tidak bermakna saya tidak menyesal," kata Canales.
Tambah Canales, dia kecewa apabila dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, apatah lagi bayaran balik kepada pemandu itu telah dibuat sebelum video berkenaan tular.
"Saya tidak perlukan publisiti buruk untuk sedar yang perbuatan saya salah. Saya sudah pulangkan wang itu kembali kepada pemandu terbabit sebelum rakaman tersebut tular," katanya.
Canales juga mengakui rakaman itu menyebabkan dia menjadi mangsa buli siber, selain turut menerima ugutan bunuh dan gangguan seksual.
"Saya sedar kesilapan saya tapi itu tidak bermakna mereka (netizen) boleh memperlakukan saya sesuka hati.
"Kasihanilah saya. Saya minta maaf dan saya harap masyarakat dapat beri saya peluang kedua," kata Canales.
Sumber: Astro Awani
Rozaimi Zubaidi
Thu Nov 16 2017
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.