Laman Utama

Gadis Muda Ini Guna Bakat Dengan Lukis Gambar Raja Permaisuri Agong Atas Kek, "Lima Jam Nak Siapkan ..."

gempak
Zulaikha Yusof
06/08/2020
05:16 MYT
Sponsor Banner
Gadis Muda Ini Guna Bakat Dengan Lukis Gambar Raja Permaisuri Agong Atas Kek, "Lima Jam Nak Siapkan ..."
Seorang gadis, Nurul Aina menggunakan kelebihan dalam melukis dan mewarna dengan merealisasikan permintaan pelanggan di tempat kerjanya.
Bekerja di sebuah kedai kek, Aina menyahut cabaran untuk menyiapkan dekorasi mengikut tempahan yang dibuat.
"Saya memang minat melukis sejak sekolah lagi. Saya mula kerja dengan Secret Recipe pada tahun 2018.
"Pelanggan biasanya akan tempah tiga hari awal. Dekat situ ada dummy kek, dia nampak macam kek asli tapi sebenarnya palsu.
"Jadi saya akan latih dulu sebelum melukis di atas kek yang ditempah. Saya mula dengan lukisan burung merak kerana ketika itu sambutan Deepavali.
"Tempahan yang paling susah saya lukis adalah gambar orang. Saya akan jadikan macam kartun dulu.
"Nak kata memang serupa tu tak la, ada beza juga dekat muka," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah gadis berumur 23 tahun ini, dia turut meluangkan masa selama lima jam untuk menyiapkan foto Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KBDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersempena dengan ulang tahun keputeraan yang ke-60 semalam.
"Yang gambar Raja Permaisuri Agong memang teliti saya lukis dari muka dan busana yang digayakan.
"Itu saya lukis atas dummy kek sebab sekadar suka-suka. Lama juga nak siap dari pukul dua sampai pukul tujuh petang semalam.
"Saya tak harap Raja Permaisuri Agong perasan sebab tahu agak susah. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. Kalau takda, saya okey saja.
"Tapi kalau saya ditawarkan untuk melukis di atas kek sebenar, insyaAllah saya cuba yang terbaik," katanya lagi.
Kredit: Twitter @wafanorsyazana
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live