Laman Utama

Gaduh Tepis Telefon Bimbit Pembantu Rumah, Britney Spears Tak Salah

gempak
Gempak
02/09/2021
10:35 MYT
Sponsor Banner
Gaduh Tepis Telefon Bimbit Pembantu Rumah, Britney Spears Tak Salah
Puteri Pop, Britney Spears, 40, didapati tidak bersalah selepas dituduh menepis telefon bimbit pembantu rumahnya dalam satu pertengkaran di kediamannya bulan lalu.
Hal tersebut disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Daerah, Erik Nasareko di Ventura County, California Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Memetik laporan PageSix, Penyelia Unit Salah Laku, Blake Heller telah mengkaji kes yang dirujuk kepada Pejabat Sheriff Ventura County dengan teliti dan memutuskan untuk tidak memfailkan kes berkenaan berdasarkan bukti yang tidak mencukupi terhadap jenayah terbabit, selain kurangnya kecederaan pada pembantu rumah atau kerosakan ketara pada telefon bimbit.
Pada 16 Ogos lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Toxic itu dikatakan bertelingkah dengan pembantu rumah gara-gara isu penjagaan anjing peliharaannya, Hannah.
Pembantu rumah berkenaan membawa keluar anjing Spears selama dua minggu kerana anjing berkenaan dikatakan tidak sihat.
Situasi pertelingkahan sampai ke kemuncak apabila Spears menepis telefon bimbit yang berada dalam genggaman pembantu rumahnya kerana percaya yang pembantu rumahnya itu cuba mengambil gambar keadaan anjingnya yang tidak sihat untuk dihantar kepada bapanya, Jamie Spears.
Bagaimanapun, selepas disiasat, pembantu rumah Spears tidak mengalami sebarang kecederaan manakala hanya pelindung skrin telefonnya sahaja yang retak.
Sementara itu, peguam Spears, Matthew Rosengart berkata: “Sesiapa sahaja boleh membuat tuduhan sedemikian rupa. Namun, ia sepatutnya tidak dipanjangkan seperti ini. Kami berasa lega peguam daerah telah melakukan hal yang sepatutnya.
“Sayangnya, ramai yang tidak mempelajari daripada masa lalu. Kami berharap agar pihak media dan masyarakat lebih menghormati Puan Spears pada masa akan datang."
Dalam perkembangan lain, Spears masih lagi ‘berperang’ dengan bapanya, Jamie Spears selepas lelaki itu bersetuju untuk tidak lagi bergelar penjaga kepada anaknya dengan syarat penyanyi itu membayarnya wang berjumlah AS$2 juta (RM8.3 juta).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024