Laman Utama

Gaji Habis Sekelip Mata? Jom Amal Tips Ini Untuk Hati Tenang & Sentiasa Ada Duit Lebih

Asyikin Mayudin
15/09/2023
06:55 MYT
Setiap kali dapat gaji saja, mesti habis dalam sekelip mata disebabkan perlu membayar pelbagai komitmen bulanan dan perbelanjaan keperluan hidup.
Kadang-kadang itu, baki yang tinggal hanya cukup-cukup makan saja sehingga nak menantikan gaji seterusnya.
Malah ada kalanya terpaksa juga ‘korek tabung’ sebab nak menampung perbelanjaan yang tak cukup. Untung sesiapa yang ada elaun bekerja lebih masa atau dua pekerjaan sebab boleh la buat tambah sikit-sikit.
Bila duit tak cukup boleh ganggu emosi juga dan buat hilang mood tapi jangan risau, ada cara yang boleh kita ikuti dari perkongsian Md Azhari Daud.
Bila kita amalkan tip ini, Insya-Allah, hati tetap tenang dan gembira walaupun duit dalam poket atau beg duit hanya tinggal beberapa kertas berwarna biru saja.
#Tip 1
Setiap kali kita terima duit. Asingkan kepada tiga bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah.
Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
#Tip 2
Sekiranya bisnes online. Dapat je sales. Duit untung tu boleh bahagikan tiga. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.
Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap harilah ke bank untuk menyimpan. Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut.
Klik je di hujung jari. Lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata.
#Tip 3
Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari Surah Sad, “Inna haza larizquna maalahu minnafad” bermaksud sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis-habis.
Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari Dia.
Jadi, walaupun duit tinggal sepuluh sen je pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang.
#Tip 4
Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al-Fatihah. Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.
Kan janji Allah, setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.
#Tip 5
Biasakan baca asmaul husna, Ya Mughni (maha memberi kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh. Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
Jadi, bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al-Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat.
Kuncinya bila kita tenang, apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan. Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib.
Akhir sekali, sentiasa percaya Allah pasti bantu kita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Syarikat Ini Tolak Gaji RM60 Jika Lewat 5 Minit Sampai Ke Tempat Kerja!

gempak
19/07/2024
11:25 MYT
Seorang pekerja tempatan menyuarakan kekecewaan di media sosial terhadap sebuah syarikat yang mengenakan penalti sebanyak RM600 jika kakitangan lewat satu jam sampai ke tempat kerja.
Viral

Gaji RM4,000 Tapi Pakai Honda Harga RM100,000, Pemuda Ini Akui Terbeban Hutang Bulanan

gempak
07/07/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki nampaknya belajar daripada kesilapan gara-gara membeli sebuah kereta jenis Honda Civic berharga RM100,000 hanya kerana mahu meraih perhatian daripada rakan-rakan.
Gaya Hidup

Pakar Psikologi Ini Dedah Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Alami ‘Work-Life Balance’ Yang Teruk

gempak
29/06/2024
03:55 MYT
Bayaran gaji rendah sehingga sanggup bekerja lebih masa demi meraih pendapatan tinggi menjadi faktor utama rakyat di Malaysia mempunyai keseimbangan hidup dan kerja yang teruk.
Viral

Gadis Russia Ini Tidak Kisah Kahwin Lelaki Gaji RM2,300

gempak
26/06/2024
15:00 MYT
Sepotong video memaparkan seorang gadis cantik asal Russia yang mendedahkan bahawa dia tidak kisah mengahwini lelaki yang mempunyai pendapatan AS$500 atau RM2,300 berjaya mendapat perhatian orang ramai.
Berita

Faisal Halim Tidak Mahu Hidup Dalam Ketakutan: “Saya Sanggup Kerja Gaji RM50 Asal Keluarga Selamat”

gempak
13/06/2024
07:43 MYT
Bintang Selangor FC, Faisal Halim, mengakui tidak boleh terima dirinya disimbah asid dalam satu insiden di Damansara pada awal bulan lalu.