Laman Utama
“Gambar Itu Untuk Malu & Jatuhkan Saya, Puas Hati Korang?” - Shima Menangis Beri Penjelasan, Hanya Shooting MV Baru
Penyanyi, Baby Shima tampil memberikan penjelasan selepas teruk dikecam ekoran gambar dipercayai miripnya bersama seorang lelaki di pusat hiburan di ibu kota tular.
Mengakui itu adalah dirinya, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli ini menjelaskan timbul salah faham mengenai foto tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi, Shima memberitahu gambar tersebut sengaja di muat naik oleh orang yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk memburukkan namanya.
“Terlebih dahulu saya nak minta maaf tentang gambar yang tersebar tu, tak tahu datang dari mana. Mungkin orang yang sebarkan itu cuba nak memburukkan nama Shima.
“Jadi Shima jelaskan dekat sini, gambar tu bertujuan untuk memburukkan nama, menjatuhkan dan memalukan Shima supaya dia buat orang benci lagi dekat Shima,” jelasnya.
Tidak dapat menahan sebak, Shima mengalirkan air mata dan memaklumkan foto tular itu diambil sewaktu penggambaran muzik video terbaharunya berjudul Lalai.
Kata Shima lagi dia juga tidak akan melakukan gimik yang boleh memalukan dirinya.
“Shima tahu tujuan dia itu. Buat apa Shima nak buatkan gimik macam tu untuk malukan diri. Bila baca komen-komen, semua komen-komen percaya tanpa diorang tahu perkara sebenar.
“Kalau korang nak tahu, gambar itu waktu Shima tengah shooting untuk muzik video single terbaharu Shima, Lalai. Puas hati korang?” ujarnya sebak.
Terdahulu, nama Shima menjadi hangat disebabkan foto tersebut merakamkan Shima seperti sedang mencium seorang lelaki yang sedang memegang gelas minuman.
BACA: “Kenapa Ramai Yang Benci Shima? Shima Tak Pernah Kacau Orang Lain, Rumah Tangga Orang…” – Baby Shima
Sebelum ini Shima juga mendedahkan ramai membenci dirinya dan tidak mengetahui sebab dan punca sehingga membuatkan dirinya tertekan.
Must-Watch Video