Laman Utama
“Gambar Kena Frame Gantung Kat Rumah!” - Rasa Tak Percaya Jumpa Datuk Siti! Rupanya Dr Malar, Siti Zoner Sejak Usia 13 Tahun
Doktor perubatan dan juga pempengaruh, Dr Malar meluahkan rasa teruja dapat bertemu dengan penyanyi kesayangan negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Dr Malar menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya berkongsi pengalaman sebaik sahaja bertemu dengan Datuk Siti.
Menurut Dr Malar, dia tidak mengetahui langsung tentang kehadiran Datuk Siti dalam satu majlis berbuka puasa bersama YB Nurul Izzah Anwar yang diadakan secara tertutup pada Rabu.
“Saya masih di awang awangan! Al kisahnya saya dijemput untuk mailis Iftar bersama YB Nurrul Izzah Anwar.
“Saya diberitahu mailis ini hanya bersama 12 wanita lain dan berlaku secara tertutup katanya.
“Walaupun mula-mula teragak agak, namun saya terima jemputan dengan rendah diri sebab saya sangat minat dengan YB Nurrul Izzah dari dulu lagi.
“Bukan kerana parti politik, bukan kerana jawatan, tetapi kerana kecekalan dia sebagai seorang wanita srikandi.
“Dan i love her preseverance. Itulah sebab utama saya terima jemputan ini. Namun bagai pucuk di cita ulam mendatang.
“Ketika saya di majlis sambil berborak dengan beberapa tetamu lain, tiba-tiba Datuk Siti Nurhaliza melangkah masuk dengan baju kurung hitam segak dan bau semerbak wanginya.
“Oh my God! Saya tak tahu Datuk Siti pun ada dalam senarai tetamu jemputan. Saya tengok senarai jemputan, sumpah saya tengok.
“Tapi tak ada pun nama Datuk Siti. Sampai sekarang saya tak sangka duduk semeja makan malam dengan Datuk Siti Nurhaliza!” kongsinya teruja.
Dalam masa yang sama, Dr Malar juga mendedahkan bahawa dia merupakan peminat Datuk Siti sejak berusia 13 tahun lagi.
“Sampai sekarang tak percaya dah selfie, wefie, record video dengan penyanyi Malaysia kegemaran saya, Siti Nurhaliza.
“Memori paling indah, saya dapat wefie bersama dua wanita inspirasi, YB @n_izzah dan @ctdk dalam satu frame.
“Gambar ni kena frame gantung kat rumah. So blessed! Im so blessed. I’m just speechless guys. Tak tahu lah dapat tidur ke tak.
“Sebagai seorang #sitizoner sejak berumur 13 tahun, hari ini hari paling indah,” tulisnya.
Untuk info, Dr Malar terkenal dengan gelaran popularnya iaitu Celoteh Dr Malar yang banyak berkongsi tentang isu semasa dan juga hal-hal berkaitan dengan penyakit serta perubatan.
Must-Watch Video