Skip to main content

Berita Tempatan

"Gambar Kiri Dirakam Sekitar Tahun 1992, Waktu Ni..."- Tomok Throwback Gambar Didukung Hattan

tomokhattan.jpg
Penyanyi Tomok mendedahkan dia dan penyanyi legenda, Datuk Hattan pernah menyanyi bersama pada tahun 1992.
 
Tomok berbangga kerana sekali lagi dia disatukan atas satu pentas bersama idolanya baru-baru ini.
 
Perkongsian itu disertakan gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
 
Menurut Tomok, Hattan seorang yang merendah diri dan suka berkongsi ilmu.
 
”Gambar kiri dirakamkan sekitar tahun 1992.. Waktu ni saya berpeluang menyanyi bersama Datuk Hattan.
 
”Gambar terkini di Genting Highland... Beraksi satu pentas juga bersama idola
 
”Seorang yang sangat humble, banyak ilmu yang diberikan pada saya... Terima kasih Datuk... Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki,” tulisnya.
 
Menerusi kapsyen entri tersebut, Tomok sempat bertanyakan kepada peminatnya, apa perbezaan mereka di dalam dua gambar tersebut.
 
”Apa perbezaan dalam dua gambar ini? Sila berikan pandangan korang,” tanya Tomok.
 
Perkongsian itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata meninggalkan komen yang melucukan.
 
Kebanyakkan memperkatakan mengenai perbezaan kepala Tomok dan Hattan yang sebelum ini berambut tetapi kini sama-sama tampil dengan imej botak.
 
Tomok mula dikenali dan popular dari kumpulan New Boyz sebelum bergerak solo.
 
 

Must-Watch Video

Advertisement