Laman Utama
“Gambar Pre-Wedding Ke Ni?” - Minta Doa Yang Baik-Baik, Zulin Aziz ‘Belanja’ Foto Kekasih Hati?
Pelakon dan pengacara Zulin Aziz mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik beberapa keping foto bersama seorang jejaka kacak yang dikenali sebagai Farhan Norzaini.
Menerusi laman sosial Instagram, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, berkongsi foto-foto ala suasana kampung itu untuk tatapan umum.
“Doa yang baik-baik,” tulis Zulin ringkas di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, ramai wargamaya meneka foto-foto tersebut adalah daripada sesi fotografi pra-perkahwinan memandangkan Zulin manis berbaju kurung serta Farhan berkain pelikat.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan doa agar Zulin segera bertemu jodoh dengan jejaka tersebut.
Malah, ramai juga yang memuji ketampanan jejaka tersebut dan mendakwa wajahnya agak mirip suami kepada pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar.
“Jodoh dah sampai kopang kopang kopang,” tulis pelakon Lufya Omar.
“Wow pre wedding ke ni?” tanya seorang wargamaya.
“Adoi rare sungguh nampak yang berkain pelikat. Siapa photographer ni, angle timing focus memsng superb,” puji seorang wargamaya.
“Ada iras husband Mira Filzah la,” kata seorang wargamaya.
“Alhamdulillah tahniah, semoga dipermudahkan segala urusan, sama cantik sama padan,” doa seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah meraih hampir 73,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Imbas kembali, Zulin terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya pada tahun 2018 setelah hubungan bersama kekasih berakhir walaupun segala persiapan telah dilakukan.
Must-Watch Video